KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan kenyataan Saksi Keempat, Dr. Brian McDonald yang mendakwa terdapat kemungkinan air mani di dubur Saiful Bukhari itu merupakan miliknya sendiri.
Beliau ada rasa kemungkinan ianya benar setelah merujuk kenyataan ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong yang tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.
Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi.
Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: “Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu.” -KLpos
Keadilandaily melaporkan..
Fitnah: Pakar DNA timbulkan keraguan ujian ahli Kimia
KUALA LUMPUR: Pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya merobek hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam kes Fitnah II.
Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Hari ini pula mahkamah diberitahu bahawa sampel sperma di dalam dubur Saiful berkemungkinan adalah sperma nya sendiri, yang turut mengandungi sel bukan sperma individu lain.
Pendedahan itu dilakukan pakar DNA,Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini.
Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang lain.
Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma.
Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald.
“Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna.
“Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr McDonald.
Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu.
“Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa).
“Kita mungkin silap teka,” kata Dr McDonalds
Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik.
“Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan).
“Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain.
“Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif,” kata Sankara.
Perbicaraan kes Fitnah II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan.
www.keadilandaily.com/?p=19629