Thursday, August 13, 2009
RelaX PaGi JuMaaT
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali.
Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.
Kemudian Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.
Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku kesat mata aku, penuh dengan air mata sebab taktahan sakit perut menahan gelak.
Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!!!! yg ni memang Najis Besar. Ha ha ha ..........
Mopral nya : Jangan jadi bodoh, sebab tidak semua si bodoh itu benar-benar bodoh. Jadilah pandai, tapi jangan sampai terlebih pandai, takut-takut memakan diri macam Dato’ Seri Haji Harusssssssani............., ke Kaherah le pulak menagih simpati sokongan pelajar dgn bendera UMNO yg makin pudo kate org perak............
Tuesday, August 11, 2009
BeriTa HaRiaN, TeMaN naiK HaiRaN
Bekalan Vaksin H1N1 Ditambah
PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup muka ketika mengambil peperiksaan, semalam. |
Peruntukan segera RM20j beli Tamiflu, Relenza
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.
Selain itu, kempen besar-besaran akan dimulakan minggu ini bagi memberi panduan dan menyedarkan orang ramai mengenai bahaya wabak itu.
Dua langkah itu diputuskan dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.
Teman ada terbaca that tamiflu (antiviral) is made from star anise......
.Tau ke apa dia. Tu le Bunga Lawang yg kita asyik buat sup. Korang ambik 2 atau 3 kuntum bunga lawang rebus dan bagi anak2 minum. Insayaallah
http://en.wikipedia.org/wiki/tamiflu
Monday, August 10, 2009
RiLeK JaP Ye..................
Ade sebuah bas ni penuh ngan ahli politik. Tetiba bas tu tebalek ms0k dlm gaung. Org 0rg kmpg yg brdekatan telah mlihat kemalangn tu.
Org kmpg: semua dah matiker? jeritnye pd 0rg dlm bas tersebut.
Org politik: belum!! Saya dgn 2 0rg kwan saya msih hidup..
Dan tanpa menghiraukan kata org p0litik tersebut, 0rg kampug terus menanam bas trsbut bersama 0rg2 didlmnye.
Keesokan harinye, wartawn tlh dtg utk menemubual 0rg2 kmpg tersebut.
Wartawn: bet0lke sume ahli p0litik dlm bas tu dah mati?
Org kampung: tah dgn selambe badak, masih ada 2 0rg yg mengaku mereka masih hdup.
Wartawn: (dgn nada terkejut) habis tu knape awak tanam sumenye, kan ada yg msih hidup?
Org kampung: biasalah tuan, ckap 0rg p0litik sekarang ni bukan boley percaya kan?
Wrtwn: ??????
NajiB Oh NajiB..............................
Saturday, August 8, 2009
PenYakiT BaRu le PuLak
Penyakit tersebut bermula dari seekor anjing yang memakan bangkai seperti tikus. Penyakit tersebut hanya disebut (mungkin sementara) sebagai Pneumonia dan boleh berjangkit melalui udara. Pesakit, jika tidak dirawat dalam masa 24 jam maka ia akan mati.
Maksudnya, jika melalui udara maka ia cepat, meluas dan akan mengelilingi dunia dalam masa yg terdekat.
Laporan lengkap berita ada dibawah,
BEIJING — Residents of a remote farming town in western China say people have been seeking to flee in defiance of a lockdown by authorities to prevent the spread of highly infectious pneumonic plague which has claimed three lives in the area.
Police have set up checkpoints around Ziketan in Qinghai province, a town of 10,000 people, which has been put under quarantine after at least a dozen people caught the lung infection that can kill within 24 hours if untreated.
Some people tried to leave the quarantined area Monday evening, mostly by foot, after the third death was reported, two residents reached by The Associated Press said. A lot of people ran off last night when they heard that another person died of this plague. They are mostly from other provinces," a local food seller, surnamed Han, said Tuesday. "They headed back home with food, water and their donkeys."
A Tibetan woman named Xiumaocuo, a migrant construction worker from another village in Qinghai, said there were very few people on the streets.
"I've heard the migrant workers who build projects went home last night," she said by telephone. "My boss told me that more than 50 of the 100 construction workers on our project left homes already."
It was unclear if the people who headed out of the town made it past the police checkpoints, which residents say have been set up in 17-mile (28-kilometer) radius around Ziketan, which lies more than 300 miles (480 kilometers) west of Beijing.
Wednesday, August 5, 2009
ZioNis IsraeL VS ZioNis LocaL
Siapa ZIONIS?.............................................................
"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."laung Awang kepada pengikutnya..
Awang orang kuat masa kempen Palestin.Dia ajak semua orang boikot produk yang ada kena mengena dengan Amerika dan Israel.Dia edarkan risalah tentang kekejaman Israel yang merampas tanah orang Palestin.Diaberarak dari Taiping sampai ke Ipoh bawak sepanduk menyatakan dia bencikan Zionis.
Dia mahu dunia tau yang dia peduli.Dia mahu orang Palestin tau mereka bukan bukan menentang Israel bersendirian.Walau dia tak angkat senjata,dia juga berperang katanya.
"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."
laung Awang dalam perhimpunan bersama kawan kawannya.Mereka bangga punya kawan seperti Awang.Mereka dapat merasakan Awang perihatin.
Mereka merasakan Aweang orang penting dalam perjuangan mereka..UMNO
ITU DULU…………………………………….
Kini
Awang kena pukul di KL.
Aku merasa sedih, geram, marah pon ada!
Aku dengan segera naik KL.
Hati aku panas!
Aku tak suka sesiapa aje yang pukul Awang
Aku pegi KL… untuk tolong dia sebab kawan2 dia duluuuuu tak tolong dia.
Hidup ada undang2 negeri!
Polis ada tapi aku tak pasti
Mahkamah ada tapi aku tak pasti
Undang-undang pon ada Itu pun aku tak pasti
Gelanggang tinju pon ada Hah……….yg ni aku pasti
Aku tak suka kawan aku dibelasah oleh lima, enam, tujuh orang….(beramai2)
Itu tak adil !
Ramai2 gunakan batang besi pukul Awang yang sorang tu!!
Hati aku geram dan panas membara macam gunung berapi!
Kenapa tak beraniee… satu lawan satu…
Kalau nak berentap dan pukul beramai2… mari lawan aku yang sorang niee!
Cukup aku seorang!
Cukup aku seorang.
Cukup aku seorang.
Mujur lalu melintang patah!
Jangan dipukul kawan aku!
Hari nieee…..hari kita.
Mana tau…
Hari esok…..hari dan giliran awak pulak!
Hidop ini ada… putaran roda.
Pembalasan pasti ada.
MTUC DaN IbraHim Ali............
Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.
"Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu.
"Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air."
Kekerasan yang tidak diperlukan, katanya, telah digunakan untuk mengganggu perarakan aman oleh rakyat yang tujuannya hanyalah untuk menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai kebimbangan mereka terhadap penggunaan akta ISA, dengan lebih 500 orang, termasuk juvena, telah ditahan.
Rajasekaran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menerima hakikat bahawa badan-badan sivil, telah memberi alasan dan sebab mereka membantah ISA.
"Sejak 50 tahun lalu, siri forum dan perhimpunan telah membahaskan penyalahgunaan ISA, tetapi malangnya tiada sebarang perubahan yang berlaku.
"Begitu juga hakikat bahawa kerajaan sentiasa tidak memperdulikan memorandum dan cadangan yang dikemukakan oleh badan-badan sivil,"
Rajasekaran berkata, walaupun MTUC mengakui bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulihara ketenteraman awam tetapi "ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengharamkan perhimpunan dan perarakan aman apabila semua usaha menemui kegagalan."
Teman pun teingat akan Ex YB tapi la ni dah jadi YB weh............................
Setelah disingkirkan tanpa sebab sebagai mewakili rakyat maka Ex YB ini pun telah menjadi calun Parti Bebas.Tapi timbul pula masaalah lambang
Penasihat: "Jika susah sangat untuk mencari lambang kita gunakan lambang mangkuk sajalah "
Ex YB: Apa punya bangang "Awak ni nak saya hilang deposit ke ? awak tahu tak jika kita gunakkan lambang magkuk nanti yang datang mengundi aku semuanya magkuk mangkuk berayun.......naya aku."
Penasihat: ?????????? iyer tak yer juga
Fakta yang memang auta tetapi tetap fakta.Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan kita panggil katak, tapi kita akan panggil dia Brahim Katak........he he he
Tuesday, August 4, 2009
ThaNkS SuHakaM
SUHAKAM Selar Polish dan Sanggah Magaran
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyelar tindakan polis yang melanggar hak asasi manusia kerana menjalankan tugas secara membabi-buta sedangkan tindakan yang relevan boleh diambil sebelum ibu negara menjadi tunggang-langgang pada 1 Ogos lalu.
Itu jawapan yang diberikan SUHAKAM apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan yang bertindak kasar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .
Polis mendakwa perhimpunan itu mengancam keselamatan negara lantas bertindak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap perhimpunan itu.
Datuk Dr Denison Jayasooria, Pesuruhjaya SUHAKAM berkata, ada cara yang lebih tepat bagi menangani keganasan 1 Ogos dari berlaku.
" Kalau kita berhentikan mereka dengan menggunakan air dan gas dan sebagainya, maka itu akan menimbulkan suasana yang kelam kabut dan akan memberikan impak yang negatif di persada dunia kerana aktiviti yang berlaku pada hari itu disaksikan di dalam berita dunia kerana ia keluar di internet, News Media Global. Maka, kita kena beri sedikit laluan kepada kebebasan supaya rakyat termasuk pembangkang atau masyarakat madani atau sivil society, boleh menyuarakan hak mereka dan ia boleh berlangsung dengan aman"
SUHAKAM mengulangi pendirian suruhanjaya itu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan politik harus diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka selaras dengan jaminan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.
Pesuruhjaya Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi JUGA berkata, hak rakyat untuk berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman termaktub dalam perlembagaan di negara ini dan hak tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.
" Ini adalah kebebasan yang polis dan kerajaan perlu hormati tetapi di mana-mana situasi di mana kumpulan yang membuat demontrasi tidak memberi kesan seperti keganasan, jika memberi keganasan, maka itu tidak digalakkan dan tidak boleh dibuat. Dari perspektif hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, perhimpunan adalah cara yang digunakan di seluh negara kecuali ada keganasan seperti berlaku pembakaran bas dan sebagainya. Itu tidak boleh digalakkan. Apa yang kita lihat di negara kita, di mana permit perlu diambil yang terletak dalam akta polis dan sebagainya. Permit perlu diambil sebelum mengadakan apa-apa perhimpunan dan di sini saya nak nasihatkan kepada pegawai-pegawai polis supaya memberi sedikit laluan kepada perhimpunan aman di dewan, di stadium atau di mana-mana supaya polis boleh mengawal,trafik dan sebagainya"
Malah merujuk kepada apa yang berlaku pada 1 Ogos lalu, Denison berkata, telah berlaku keganasan yang dicetuskan oleh polis dan FRU sendiri dan bukannya dari mereka yang berhimpun.
Lantaran itu, ia jelas menyangkal kenyataan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa, perhimpunan yang berlangsung di tiga tempat di ibu negara pada 1 Ogos lalu iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara untuk menghantar memorandum kepada yang DiPertuan Agong sebagai perbuatan yang mencabuli lima hak warganegara yang digariskan oleh perlembagaan oleh Gerakan Mansuhkan ISA terbabit.
Mereka tidak melakukan sebarang keganasan, mereka tidak bersenjata tetapi kehadiran mereka disambut dengan ledakan gas pemedih mata, air yang bercampur kimia dan tangkapan secara rawak yang tidak mengenal siapa mangsanya termasuk ADUN, kanak-kanak dan peguam yang sedang menjalankan khidmat sosial.
Apa pun korang semua adalh pejuang sejati.
Sunday, August 2, 2009
LipuTaN TV3................Kelakor le Pulak
Demo 1 Ogos : Ratusan Ribu Penyokong PRO ISA
GEMPAR: Gambar ratusan ribu penyokong Pro ISA pimpinan Ibrahim Ali yg telah mendapat liputan meluas oleh Media.
Gambo kat atas ni le yg didakwa ratusan penyokong PRO ISA
Dan Ini pula gambar penyokong GMI yg telah kita ketahui cuma 2,000 orang sahaja menghadiri perhimpunan semalam. Ianya tidak mendapat sambutan menurut TV3............he he he .TV3 buat lawak bodoh
Break Jap ye...........Laloq punya pasal
Dia jeling kat aku....
Aku jeling balik kat dia.......
Dia bangun lalu menghampiri aku.........
Aku pon bangun...........
Dia bersuara..........ya incik mahu order ape? ?
Laaaaaa..... aku kat kedai mamak rupenye.......
Tu la pasal....tido tak cukup.....
Mana tidak nye malam tadi tido kat lokap.......
He he he malunye aku...........
Saturday, August 1, 2009
PenJara SePi
ISA (buat mereka yang berani)
yang gila dan kacau jiwanya
Di tangan mesin-mesin tak berotak itu
maruah tiba-tiba jadi murah
selalu tak punya harga
Ia memusnahkan hidup dan kepercayaan
mengurung kemanusiaan
menghancurkan harapan
Di sini
Di ruang bebas yang terpenjara
aku hanya mampu berkata-kata
selama mana?
sekeras apa?
terus jadi persoalan yang tak punya jawapan
kerana aku
masih belum teruji.