Friday, August 8, 2008

1. SUARA YANG TIDAK KEDENGARAN

Perjuangan Anwar Ibrahim adalah “PERJUANGAN RAKYAT”Kemenangan Anwar Ibrahim adalah “KEMENANGAN RAKYAT"Perjuangan di Permatang Pauh bukan untuk dan bukan juga kerana Anwar Ibrahim. Perjuangan di Permatang Pauh adalah “Amanah Demi Memartabatkan Kedaulatan Agama, Bangsa, Rakyat dan Negara”.Anwar Ibrahim hanyalah pemangkin dan peneroka kepada perjuangan rakyat ke arah Malaysia yang Adil, Makmur, Aman, Selamat dan Sejahtera.


Demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat, Anwar Ibrahim terpaksa merengkok di Penjara Sungai Buluh. Setelah enam tahun terpenjara, Anwar bebas dan meneruskan perjuangannya. Berbekalkan semangat juang yang mampan bersama RAKYAT, kezaliman dan pengkhianatan UMNO terus diburu dan wajib dikafankan. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran, keamanan, keselamatan dan kesejateraan hidup untuk membantu dan meneruskan perjuangan murni dan ikhlas Anwar Ibrahim.

Perjuangan Anwar Ibrahim adalah “PERJUANGAN RAKYAT”Kemenangan Anwar Ibrahim adalah “KEMENANGAN RAKYAT"

Suara yang tidak kedengaran


Suara yang tidak kedengaran.Selagi mampu aku pendam.Memberontak dalam diam.Dalam sepi hati aku berkata. Aku ditipu, dinafikan.Aku dimalu, difitnahkan.Hak bangsa aku dicuri, dihamburkan. Hak bangsa aku dicicir, dimusnahkan.Hak bangsa aku digadai, dilupuskan.Agama aku dipermudah, dipermainkan. Agama aku diremeh, dirobak-rabikkan.UMNO dan Barisan Nasional,Kami membenci kau secara total,Kau menipu dan cakap berpintal,Hujah kau macam orang sakit mental.50 tahun lamanya kepada kau aku gantung harapan. 50 tahun lamanya kepada kau sanjungan aku berikan. Kau hancurkan segala harapan. Kau musnahkan segala sanjungan.Kini aku bangkit menentang,Bersama rakyat yang telah kau aibkan,Akan kami tuntut hak kami dikembalikan. Harapan kami bukan kepada kau lagi. Sanjungan kami tidak untuk kau lagi.Undi kami jangan kau tagih lagi. Wahai ALLAH, kami mohon pertunjuk MU. Wahai ALLAH, kami mohon bantuan MU. Wahai ALLAH, kami mohon keredhaan MU. Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH.Dengan rahmat dan keizinan Mu wahai ALLAH. Kami mohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH.“Wahai Maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini.Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untukmemenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh”. Amin Ya Rabbal Alamin.

2. Luahan Rasa……………………….


saya bukan nak berkias, bermadah dan membungakan bahasa...bagi saya tiada lagi masa untuk semua itu...dengan semua kemelut yang makin lama makin parah...dari hal dalam negara,sehingga dicampur aduk dengan masalah dari luar negara,makin lama makin menjadi-jadi. ..semua lantang bersuara,protes disana sini,kutuk pemerintah itu, keji pentadbiran ini,tapi,pernahkah Pak Lah lihat kembali,jika keadaan berterusan,tempias semestinya kena pada kami,generasi saluran ketiga,kami tidak mampu untuk melantangkan suara,hingga dikatakan kami tiada hak untuk mencampuri urusan perihal negara,kami mempunyai kesedaran sendiri,bahkan pengetahuan kami kemungkinan lebih dari saluran pertama dan kedua ini,relakah Pak Lah melihat satu hari negara digempar dengan rusuhan dan kekejaman,hanya diatas nama KETIDAKADILAN? ,berasas atau tidak,semua main serbu,orang itu menegakkan ini,orang ini menjatuhkan itu,kami dimana?kami akan menyertai juga,kerana telah dihasut dengan mereka-mereka yang lebih lantang bersuara,ini kerana kami takut masa depan kami akan punah,musnah kerana benda yang boleh ditoleransi pada hari ini,menjadi titik hitam meledaknya kehancuran negara pada satu hari nanti,kami ingin merasai zaman tua kami seperti zaman tua nenek moyang dan ibu bapa kami pada hari ini,bukannya dipenuhi suasana kebuluran dan kekejaman akibat warga negara pada hari ini,ingatlah Pak Lah,sebuah negara demokrasi, samada berparlimen atau tidak, semua keputusan adalah dari tangan rakyat malaysia,sebuah perpaduan, wujudnya kemasyarakatan semuanya dari hati sendiri,bukan dari pemimpin yang telah dilantik,dan ingat2 jua,sebarang keputusan, perbincangan, pandanglah juga kami generasi saluran ketiga yang bakal memimpin tangan kamu di masa tua.....


3. Coretan Yoptanjung

Aku sememangnya tak pandai berfakta, tapi orang yang menunjuk2 pandai menggunakan fakta lantas memutarbelitkannya amat aku kagumi kebolehan mereka. Tapi sebenarnya kebolehan mereka itu bukan keperibadian sebenar.

Dari dulu aku sememangnya susah, sehinggakan siapa memerintah tak penting, tapi hakikat itu terpaksa diterima. Menerima untuk sentiasa bekerjasama kerana, aku, kamu, dan kita sendiri tiada pilihan.

Kenapa ramai yang tak percaya, melayu dari dulu hanya ada kuasa politik. Aku insan yang kerdil dan serba kekurangan, dan takpernah bagi aku memikirkan anak bangsa, agama dan budaya, tak pernah aku berjuang untuk bangsa, agama dan negara di atas mana2 platform parti politik yang ada.

Dah menjadi macam satu adat hidup di bandar, tanpa wang kita kebulur. Dan aku bersoal tentang kenapa kita tak boleh hidup tanpa risaukan ketiadaan wang?. Jauh di sudut hati aku untuk sedetik memikirkan erti perjuangan.

Benar katanya hidup ini pasang surut. Pasang kuterendam air laut. Surut ku tak bisa melaut. Hidup ini buatku jadi takut. Mungkin aku terlalu pengecut. Hidup ini memang perjuangan. Perjuangan untuk hidup. Perjuangan untuk makan. Aku tak mengerti. Makan tuk perjuangkan hidup. Atau hidup diperjuangkan untuk makan

Hidup memang bukan pelabuhan terakhir. Jadi apa lagi yang harus terpikir. Jika belum pelabuhan terakhir saja aku telah habis-habisan. Aku telah karam. Perahuku berdebu retak sana-sini. Perahuku sarat karena lumpur. Bagaimana aku harus ke pelabuhan terakhir?

Baru aku sedari, sebenarnya dibumi ini aku belum merdeka. Melihat masa lalu dan memandang masa kini dan di sini, timbul pertanyaan besar di pikiran ku masih adakah harapan di masa depan.

Tapi bagi aku, di mana ada kesulitan di sana ada kemudahan. Dimana tentangan di sana ada harapan. Dimana ada perjuangan di sana ada kemenangan. Itulah mengapa kita diperintah agar terus iqra’, terus belajar agar kita insaf dengan keadaan yang ada. Kita tidak boleh lemah dan lengah dalam menghadapi situasi ini, Kezaliman yang telah menjadi structural violence. Rujukannya jelas, jika kemungkaran merajalela tiada kata lain selain berjuang, lawan dengan hati, kata, atau dengan tangan-tangan kekuasaan kita.

” Semenjak dahulu, semenjak debu terus saja berderu meluap-luap merambat cepat-cepat aku manusia selalu begitu. Tiada tenang bila ajal ‘kan menjelang. Ayohlah bermain-main dengan maut walau kita tak tahu bila ia terenggut. Satu hal yang pasti jangan jadi pengecut, wahai kau manusia. Wahai aku manusia.

Berderai-derai debu jalanan hanya inikah harapan. Tak mungkin jika tersesat di lebaran pagi-pagi buta setelah malam tidur beralaskan tangan beratap awan cahaya Kuala Lumpur. Inikah yang namanya pengorbanan, inikah yang namanya perjuangan.


SERUAN UNTUK ANAK MUDA

Wahai kau anak muda, wahai kau anak manusia di mana teman-temanmu. Jika kau sebut ini bukan perjuangan bukan pengorbanan, berikan sini ayoh berikan sini kini perjuangan pengorbananmu. Mana-mana kau punya pengorbanan. Korban bukan engkau yang kuminta wahai anak manusia.

Putih mata, putih segala. Tak tahukah kau baru ini yang bisa kita berikan. Tak tahukah kau putihnya keringat dicampur debu pinggiran kotaraya takkan cukup ditimbang dengan putih air mata lapar, perih, pedih, derita mereka, anak-anak manusia di seberang kehidupan yang tak pernah terjamah kata bahagia apalagi sejahtera. Atau kau ingin akui itu bukan urusanku, atau malah kau ingin akui kau bukan manusia, atau kau ingin akui bukan itu jenis perjuanganku. Lalu apa? Tunjukkan disini kini kau punya pengorbanan aku punya perjuangan.

Tak tahu kah kau Tuhan pun tersenyum melihat kita di sini. Tidur dengan beralas tangan, setelah siang menjerit-jerit memanggil setan, ingin menggantung setan. Tak tahukah kau Tuhan pun tersenyum melihat kita di sini. Tak ada hujan di sini malam begitu cerah tanpa bintang di langit ibukota. Malam itu kitalah yang jadi bintang. Kita kuningkan wahai kau malam temaram. Lalu di mana kalian wahai teman-teman, masih pantaskah kita berteman. Sungguh tak ku harap apa-apa darimu. Sungguh. Tapi tak tertautkah hatimu dengan mereka. Tak tergoreskah luka di dadamu mendengar jerit haru biru mereka. Ah, sudahlah terbangun dari sana kami tak lupa bertahajjud pada Illahi kami, lupakan sejenak kalian, semoga kamu juga tak lupa itu.

Wahai kau anak manusia tak tahukah kau biru langit itu mengapa dipilih jadi warnaku, kau dan kita. Karena ia gambakan hati yang seluas langit. Tangan membuka ke atas membuka harapan, berjuang menangkap harapan. Bukannya takut lalu berkelendut lari terbirit-birit berlagak seperti badut. Hati yang seluas langit itu harusnya bisa menangkap, meresap, mencecah, mengartikan kehidupan lebih, lebih melampaui ratusan lembar majalah, ratusan jam ceramah kuliah, jutaan lagu dendang-dendang perjuangan.

Bosankah kau dengan keterjajahan pola pikir busuk itu. Aku saja bosan melihatmu menyandang itu. Busuk-busuk itu yang kucium, aku yakin itu akan lebih tercium dengan nyata, dengan terang, dengan jelas, olehmu karena kau yang menyandangnya. Lepaskanlah ia. Mati pikiran kolotmu. Jadilah intelektual progresif. Karena kau harus berjuang di sini di dunia yang tak indah semata dan kau punya hajat, punya tahu, punya potensi untuk perbaiki keadaan. Aku, kau dan kita lah yang akan mengggantikan mereka orang-orang tua itu jadi jangan takut pada mereka. Wahai kau anak manusia cukup takutlah pada Sang Pencipta.


4. Renung Sejenak...........................

PESANAN TERAKHIR SYED QUTB

Saudara !Seandainya kau tangisi kematianku…
Dan kau siram pusataku dengan air matamuMaka
di atas tulang-tulangku yang hancur luluh…
Nyalakanlah obor buat umat ini..

Dan…teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya..

Saudara !Kematianku adalah suatu perjalanan..
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu..
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku..
Burung-burung berkicau riang menyambutku..
Bahagialah hidupku di alam abadi..

Saudara !Puaka kegelapan pasti akan hancur..
Dan ala mini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya..
Janganlah gentar berkelana di alam abadi..
Nun di sana fajar sedang menanti…