Friday, May 29, 2009

AKU CUTI

break sekejap !!

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so
crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng kekanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "

CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."

Thursday, May 28, 2009

PM TERKEJUT..........................

Terkejut


Kita rakyat biasa terkejut bila Perdana Menteri tersayang, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang (lihat sini).

Mana tidak terkejutnya. Kita yang betul-betul rakyat ini sudah lama terkejut dengan pembunuhan terhadap kanak-kanak. Ingat arwah Nurin Jazlin? Kita sudah lama terkejut dengan kes-kes ragut dan pecah rumah. Kita terkejut dengan kekejaman pembunuhan model Mongolia. Pendek kata hari-hari kita terkejut. Bangun pagi tidur malam asyik terkejut.

Itu baru hal jenayah saja kita terkejut. Hal-hal dasar pun banyak yang kita terkejut. Kiranya rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling selalu terkejut. Harga ayam naik kita terkejut, harga minyak naik kita terkejut, harga tol naik kita terkejut. Macam-macamlah kejutan.

Jadi, bila kita dapat tahu pemimpin rakyat kita terkejut, kita pun terkejut dan tepuk dahi: Laaaa baru nak terkejut!

Monday, May 25, 2009

RENUNGAN SEJENAK..........................

APA YANG MELAYU TINGGALKAN

Apa yang Melayu tinggalkan.. ....Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan negara digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Apa yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1961, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan "Malaysia" - dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ...31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Pada tahun ini juga, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan di mana "Bahasa Melayu" yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mula dikenali sebagai "Bahasa Malaysia". Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..orang Melayu dan kaum bumiputera lain untuk sekian lama telah banyak menerima bantuan, keistimewaan serta perlindungan daripada kerajaan dalam pelbagai aspek. Yang penting dalam minda orang Melayu, terdapat jaminan dalam bentuk subsidi atau hak istimewa bagi mereka sekiranya mereka menghadapi halangan dan masalah. Namun kini, subsidi dan insentif bukan lagi diterima oleh orang Melayu sahaja malah semua sektor termasuk industri perkilangan, perumahan, pengangkutan dll cuma kita je yang tak perasan....hilangla h Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..Mesyuarat Kali Ke-60 Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan untuk meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan Tanah Rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk tempoh 60 tahun....tanah digadai, pemilik tanah Melayu cuma jadi proksi bangsa lain..hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..pengambilaliha n tanah orang-orang Melayu dalam projek mega ECER mungkin akan dibuat dalam bentuk wang tunai dan bentuk lain, dan yang pertama lebih menjadi pilihan kepada pemilik tanah. 1. Tanah milik Melayu digunakan untuk projek ppembukaan jalan baru serta projek-projek lain. 2. Orang Melayu dapat duit banyak alamatlah..kereta besar, rumah besar, semua hutang, kemudian apa akan jadi...fikirkanlah sendiri. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..Majlis Raja-Raja Melayu merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia...masih tak hilang lagi Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ...Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Pertubuhan yang asal telah diharamkan, bermakna pertubuhan untuk orang Melayu telah terkubur..hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ...Dasar Ekonomi Baru yang memperjuangkan 30% equiti orang melayu di dalam ekonomi negara kini hanya tinggal kata-kata sahaja. Kita hanya capai kalau tak silap 15%-20% sahaja sudah tiada lagi kedengaran, ibarat berita lapuk. Kayanya sebahagian perompak-perompak termasuk pemimpin rasuah yang ada hari ni. orang bawahan yang terlopong... apa kes. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. kok sedih bangat ni...hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Ini masih ada lagi, satu-satunya perkhidmatan awam yang paling ana respect sekali. Masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ...Keretapi Tanah Melayu Berhad merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Dah diswastakan. .hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ...Perkampungan Melayu yang mewarnai ibu kota termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat, Kampung Batu Muda, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi, Sungai Pencala dan Ulu Klang. Masih ada belum terjejas lagi..masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.. ..HANYA ada dua orang Melayu dalam senarai 10 paling kaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhkary dan Tan Sri Azman Hashim manakala Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, T. Ananda Krishnan, (Malaysian Business 2008). Kesian Melayu.

Jadi..rasanya inilah apa yang Melayu tinggal kini...seni dan permainan seperti joget lambak, tarian zapin, mak inang, dikir barat manakala permainan pula ialah congkak, batu seremban, cak limpung dan sepakraga untuk menghibur hati orang-orang Melayu..

Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'ad; ayat 11)...renung- renungkanlah. ...insaf Melayu semakin hilang identiti..

Thursday, May 14, 2009

13 Mei:Najib Naik Minyak!!





















Hari ini 13 Mei. AlhamduliLlah, tak ada orang gila yang merencanakan pertumpahan darah kerana nak mempertahankan kuasa politik. Tetapi, si Najib pulak yang naik minyak.

Hey Datuk Seri Najib, berapa kali awak nak kerah satu Malaysia ubah cara hidup? Awak ingat 2kupang tu sikit ke?

Memang kereta kawan kereta cikai. Tapi kalau mike peras sampai 2kupang satu liter, satu tangki dah banyak mana? Kalau tercukai duit lauk anak-anak teman dek kerana mike naik minyak tu, mike nak ganti?!!

Nak tuko cara hidup apa jadahnye? Cara hidup sekarang pun dah tak tektanggung dek teman.

Mike tak fikior ke? Teman ni bukannya berniaga Sukhoi ke, Scorpene ke... Teman cume niage Kutu Pinto aje. Kalau mike najib woi minat nak joint talipaun teman ye.

Kawan kawan pun sokong le sikit progrem teman ni, idak le teman kebulor anak beranak. Mike ulo teman ulo, macam kata org putih win win situation...... entah ape bende teman pun tak faham. Ingat sokong teman dengan mengkelik gambo sebelah kanan tuuuuu " KUTU PINTAR" Orang Islam Harus Kaya

Wasalam



Wednesday, May 13, 2009

Zambry The Zombie
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Auta, Sundal, UMNO

Bersesuaian dengan keadaan dan telatah politik Zambry the Zombie, saya paparkan di sini titipan seorang penitip bicara minda di laman ini, Saudara Yop. Terima kasih Yop.

Seorang atok membawa 2 cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Dua Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” ”Atok bagi surat kat kawan atok, cu!” jawap atoknya. Cucu-cucu nya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Bangang cucu cucu atok dia ni, tak le seteruk bangang si Nazri Kangkong, Zambry dan yang bersekutu dengannya

Wahai nazri kangkong, dalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan apa saja.

“Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat. Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan keputusan dalam masa yang amat singkat dan ini amat mengejutkan.

Tapi perlu diingat sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah.

“Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bukannya membatalkan”.

“Kerana itu Zambry harus ingat bahawa dia bukanlah Menteri Besar yang sah dan untuk itu beliau tidak boleh bertindak di luar dari apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,”

Kesimpulan nya, Umno ni seumpama penjual tembikai.

Seorang makcik hendak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata, “Eh! Tadi merah, pasal jatuhlah, tembikai ni takut terus jadi pucat dan putih.”

Makcik itu pun baling tembikai tersebut ke muka si penjual itu.

Moralnya: Sudah sejak dari azali UMNO ni memang menipu orang aje kerje nya

Tuesday, May 12, 2009

TEKA MANA YANG SIAPA








STATUS MB: ZAMBRY IBARATKAN DIRI SEBAGAI GHANDI , MANDELA - mStar

Menteri Besar sejak Februari lalu, . Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.


kah kah kah… MANDELA ?... GANDHI?....KING ? kah kah kah..

kah kah kah… BIAR BETUL…kah kah kah..

kah kah kah...TENGOK GAMBAR BETUL BETUL… kah kah kah..

kah kah kah… APA YANG SERUPA…. kah kah kah

Kedudukan Zambry "in conflict with the law" ?


Dalam berita bertajuk "Status quo: Mahkamah rayuan benarkan penangguhan keputusan kepada Zambry," Bernama melaporkan:

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim semalam memutuskan bahawa:

"He is (Mohammad Nizar), and was, at all material times the chief minister of Perak".
Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan:

The government led by Datuk Seri Zambry was all along illegitimate and all decisions and contracts made by that government are without legal status. The cascade of illegalities we warned of must now be unwound painfully. This includes the deplorable events of May 7 in Ipoh. It means the resolution to replace the Speaker was brought by an illegal state government.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan:

The takeover (of Perak government by Barisan Nasional) was not done according to the law.
"In conflict with the law," kata bekas Perdana Menteri. Jika pengambilalihan itu bertentangan dengan undang-undang, tidakkah kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar juga "in conflict with the law" juga?

Jangan menggelejat, aku tanya ja..

Monday, May 11, 2009

Isu Nizar : Najib Tak Puashati dan Kata UMNO BN Akan Kemukakan Rayuan

Ketidak-ikhlasan PM, Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut politik Perak jelas terbukti apabila beliau dengan terang-terang menyatakan Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah kerana "kita rasa kita ada kes yang kuat.”

Ditanya sama ada pilihanraya negeri adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib menjawab:"Saya tak boleh komen perkara itu pada masa ini."

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, Perdana Menteri berkata beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.

Beliau juga ditanya sama ada BN akan mengatur satu lagi sidang DUN untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar bagi membolehkan BN kembali berkuasa di Perak.

"Saya tidak tahu lagi, langkah pertama kita adalah membuat rayuan," tambahnya.



NIZAR MB YANG SAH - HUJJAH HAKIM DAN KRONOLOGI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah dan bukan Zambry Abdul Kadir.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Berikut ialah kronologi di mahkamah tinggi petang tadi:-

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuant rasmi.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.

6.10 petang: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengeluarkan arahan tiada pihak yang boleh mengadakan perhimpunan dan perarakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

6.30 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, BN akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah mengesahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan mahu warga Perak bertenang.
















Hari Dimana Zambry dan UMNO BN Menjadi Beruk-beruk Di Dewan Sidang Dun

Semua rakyat Malaysia boleh membaca berita di pelbagai akhbar, melihat video dan sebagainya. Saya yakin, tiada siapa yang menyetujui cara Zambry mengangkat Ganesan itu. Kelakuan bodoh itu lebih teruk daripada beruk! Saya tidak tahu, kenapakah dia tergamak untuk berbuat demikian. Tidakkah dia sedar bahawa puluhan kamera yang merakam tindakan bodoh itu?

Untuk memahami hakikat ini, suka untuk saya jelaskan tentang sikap manusia yang sudah tidak berotak. Allah SWT menyifatkan orang yang tidak berotak ini ialah mereka yang mengetahui bahawa Allah SWT itu Maha Melihat, tetapi mereka masih lagi menganggap bahawa Allah itu tidak nampak. Mereka tidak sedar bahawa setiap detik hidupnya dirakam oleh malaikat, untuk dijadikan bukti di akhirat kelak.

Mereka tahu bahawa malaikat merakam segala perbuatan mereka, tetapi akibat gilakan dunia, mereka lalai daripada perkara tersebut. Mereka pun dengan sewenang-wenangnya membuat maksiat, mengancam jiwa manusia, merampas hak dan sebagainya. Semua ini disebabkan mereka gila mengejar dunia.

Begitu juga apa yang terjadi hari itu. Disebabkan gila untuk mengejar pangkat dan dunia, Zambry terlupa bahawa tindakan bodohnya itu telah dirakam oleh puluhan rakaman. Bahkan disaksikan oleh jutaan manusia di seluruh dunia! Seluruh dunia melihat kebodohan Zambry dalam dewan kelmarin. Tetapi akibat gilakan dunia, dia lupa segalanya itu.

Apa yang penting bagi dirinya ialah menjatuhkan PR. Ada orang UMNO sendiri berkata “kalau hendakkan kuasa pun, cover-coverlah sikit”. Saya pelik apabila mendapati berita yang disiarkan di dalam Berita Harian, agak kurang selesa untuk diterima. Berita Harian seolah-olah menjadi pengulas, bukannya pemberita. Entah kenapa dibuat begitu.

Orang yang gilakan dunia inilah yang selayaknya digelar sebagai beruk. Golongan beruk ini berkeliaran di mana-mana sahaja termasuk di dalam masjid. Disebabkan gilakan dunia, habis semua benda diredahnya. Tidak kira hak orang lain atau tidak, tetap menjadi miliknya. PR dituduh bertindak kasar terhadap SU Dewan, tetapi mereka lupa, bahawa anjing gila tidak mungkin kita mendiamkannya dengan belaian!

Wahai Zambry and The Gang, sekiranya hari ini anda boleh membuat sesuka hatimu, tunggulah di akhirat nanti. Tiada siapa akan terlepas dari mahkamah perbicaraan Allah. Semua rakyat Perak akan menuntut hak keadilan kepada kamu di akhirat nanti. Sekiranya anda ingin bertaubat, minta maaflah dengan seluruh rakyat Perak! Anda merampas hak orang lain, dan anda perlu mengembalikannya sebelum kematianmu. Tiada siapa yang dapat melangsaikan dosamu setelah kamu mati.