Tuesday, October 27, 2009

Kairy Jamaluddin Minat jadi Model



Mungkin ini adalah kaedah beliau untuk lebih mendekati generasi masa kini supaya lebih berminat dengan dunia politik. Nice job Khairy!

Komen :Ha Ha ha ha ..............khairy patut le takda portforlio

Tuesday, October 13, 2009

Kemenangan BuaT UmNo, PenGajaRan BuaT PAS

Seminggu saya berada di Bagan Pinang. Mengikuti dan meninjau kempen-kempen kedua-dua parti yang bertanding; Semua orang dah tau Pakatan Rakyat diwakili oleh parti PAS dengan calonnya saudara Zulkefly Mohd Omar dan Barisan Nasional diwakili oleh parti UMNO dengan calonnya Isa Samad.













Walau pun PAS kalah pengundi di Bagan Pinang seWAJIBnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana bertanding di PRK Bagan Pinang. Kerana berlakunya pertandingan di Bagan Pinang, maka rezeki mencurah masuk ke setiap warga disana. Tanpa kehadiran PAS, nescaya tiada hujan duit, projek dan janji pembangunan. Warga kedai kopi tepi masjid mengharapkan kerajaan akan melaksanakan janji-janji mereka agar pengundi yang memberi amanah kepada mereka merasai nikmatnya. Jangan hanya pandai berjanji sepertimana pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Antara yang dijanjikan ialah :


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.

Wallahualam...........................

Apa apa pun PAS you need to find your way back , wasalam

Friday, October 9, 2009

Picture Speak A Thousand Word 2





‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik"

Sunday, October 4, 2009

Jokes: Antara dua

Dah lama teman tak up-date blog teman, teman gi oversi.............saje menyorok kan diri. Ada org cari pasai buat rumah tak siap. habis mengamok le deme. mane idak nye, raya dah dekat ari tu le, umah dia ape pun tak dibuat, duit habis dah...........tu le cerita teman knape menghilang diri 2 bulan lame nye.
mukadimah sebelum blog update kene story kartun dulu weh........

Esok teman mula cerite pasai kisah pasio penambang ye.........sebab teman dah ade kat sini. Live telecast from yoptanjung. Tungguuuuuuuuuu