Saturday, July 9, 2011

Peludah Warna

Respek Sama Bersih.............


Selepas puas di ugut, aku kira perhimpunan bersih ini berjaya
Setakat ini ...
TIADA KERETA PECAH
TIADA BANGUNAN TERBAKAR
TIADA ANGGOTA KESELAMATAN YANG CEDERA
TIADA KES ROGOL BERLAKU
TIADA PENGGUNAAN PARANG PANJANG DAN BOM
kerana
BERSIH satu perhimpunan aman yang benar benar aman
Sudah terbukti setelah dua perhimpunan dirancang,
Tiada apa apa kemudaratan yang terjadi
Jelas .. cerita buruk pada BERSIH hanyalah hanya cerita hantu mak limah balik rumah
Ianya untuk kepentingan si gila kuasa.
Rakyat berdepan dengan penguatkuasa dengan berdisiplin dan tidak bertindak balas.
Apa apa pun, sekali lagi ... BERSIH itu satu sejarah.
Dan MEMORANDUM akan sampai ke YDP Agong sebentar lagi ...
DAULAT TUANKU !!!
Salam dari wartamaya
Dan terima kaseh BERSIH ! Terima kaseh kepada rakyat ....
Terima kaseh kepada semua pelayar ...
Wakakak !!!

Dari Warta maya.blogspot.com

Monday, July 4, 2011

Titah Tuanku mungkin menyebabkan Najib terpaksa menjilat ludah sendiri

Perkembangan terkini senario politik tanahair jika ditafsir dengan istilah positif, akan berbunyi "ketegangan diredakan"; dan mungkin untuk mereka yang sudah bertekad untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini, akan mengeluh "anti-klimaks".














Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan. Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian.

Apa yang tersirat di sebalik Titah Khas

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sesungguhnya akan ditafsir dengan pelbagai perspektif, dari perhitungan kepentingan masing-masing. Namun demikian, seandainya teks penuh Titah Khas (dilampirkan di bawah) diteliti, akan didapati bahawa YDPA tidak menggunakan istilah HARAM, sama ada ketika menggelar BERSIH, mahupun perhimpunan tersebut. Sebaliknya, YDPA menggunakan istilah "Kumpulan Bersih", dan "perarakan dan perhimpunan beramai-ramai". Lebih penting, dalam perenggan ketiga terakhir, baginda bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik."















Ini penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai 2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram.

Lebih-lebih lagi, YDPA langsung tidak menyentuh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BERSIH sepanjang dua minggu ini, termasuk resapan komunisme dalam gerakan itu, niat untuk memerangi YDPA, wujud anasir asing, muslihat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Sebaliknya, ketika menyeru kepada pihak BERSIH, YDPA bertitah, "...keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."

Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

Istilah "adil" digunakan, yang mana jika diteliti dalam konteks tuntutan "pilihan raya yang bersih dan adil", amat memberi makna.

Dilema Najib

Apakah perkembangan ini melembutkan sikap Najib Razak, yang masih berkeras dengan kenyataan "Ambiga jangan fikir kuat" pada 2 Julai, kepada cadangan "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul", pagi tadi?

Untuk Najib Razak, perhimpunan BERSIH 2.0 wajib dipatahkan untuk mengelakkan "tsunami politik" pada 8 Mac 2008 berulang. Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 dikatakan sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan UMNO-BN dalam PRU-12 - hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, di samping empat kerajaan negeri bertukar tangan, dan Kelantan kekal dalam genggaman PAS.

Namun demikian, tindakan terlalu keras yang digunakan untuk menekan gerakan BERSIH mencungkil lebih ketidakpuasan, daripada ketakutan. Ia semestinya mencalar imej kerajaan Najib Razak, apabila orang awam ditangkap sewenang-wenangnya hanya kerana berpakaian "kuning". Kezaliman itu seolah-olah sampai ke tahap "langsung tidak masuk akal".

Dan Najib tersepit di antara dilema ini. Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur. Sekiranya kerajaan BN memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi".

Langkah seterus BERSIH...

Untuk BERSIH 2.0 pula, pimpinannya terpaksa membuat keputusan di bawah tekanan-tekanan tertentu. Kesediaan untuk mengadap YDPA mungkin sebagai langkah BERSIH untuk menyanggah tuduhan "memerangi YDPA". Seandainya YDPA bersetuju untuk membuka pintu istana, maka UMNO-BN, bersama polis yang menurut perintahnya, bakal menerima tamparan kerana dengan angkuh menutup pintu rundingan bersama BERSIH sebelum ini. Bagaimanapun, seandainya BERSIH dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan ini, dan pimpinannya akur, maka mereka mungkin berdepan dengan suara berbeza yang bakal timbul dalam gerakan ini.














Senario kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Najib menangani isu tersebut sebelum ini.

Senario ketiga, seandainya Najib enggan membuka pintu rundingan - bukankah BERSIH mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai 2011?

Saturday, July 2, 2011

Himpunnan BERSIH Kenapa Wajar


1. Kita telah memberikan tempoh sehingga 1 Mei 2011untuk Kerajaan UMNO dan BN segera melakukan satu transformasi yang meyakinkan rakyat dalam pengurusan dan pengendalian sistem demokrasi negara agar adil , telus dan baik. Rakyat telah menanti dalam satu tempoh yang terlalu lama untuk kerajaan melakukan perubahan yang dimaksudkan sejak tuntutan mereka melalui rally BERSIH 1 tempoh lalu.

2. Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan selayaknya menjadi slogan yang baik untuk kerajaan bertindak drastik untuk memulihkan persekitaran dan meratakan padang demokrasi negara agar semua parti yang menyertai pilihanraya dapat bertanding dan bersaing di atas padang yang sama rata . Sebagaimana tindakan drastik yang diambil oleh Pengerusi PTPTN yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau melanjutkan tempoh bayar peminjam PTPTN dari 6 bulan kepada 30 bulan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Dewan Pemuda PAS Malaysiamengumumkan Perhimpunan Peminjam PTPTN dan MARA akan diadakan di Hotel Sri Malaysia Temerloh pada 26 feb 2011 baru - baru ini.

3. Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain akur terhadap tuntutan rakyat dengan segera melakukan transformasi yang dimaksudkan. Tanpa tindakan bijak dan hikmah dari pihak kerajaan, saya yakin kebangkitan semula rakyat menuntut keadilan proses demokrasi negara akan kembali meletus. Sehingga hari ini, bukan sahajaundi pos yang masih belum dimansuhkan dan kebebasan media juga masih parah, terlalu banyak pencabulan demokrasi terus berlaku dalam negara kita dan ianya meresahkan rakyat. Antaranya :

Amalan Pencabulan Demokrasi di Malaysia

4. Pada 13 Disember 2010, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin telah menafikan hak Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan bukti serta berhujah dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengenai isu 1Malaysia dan APCO Worldwide. Akhirnya beliau serta lima lagi ahli Parlimen pembangkang yang lain iaitu Ahli Parlimen Gombak, Ahli Parlimen Padang Serai, Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Batu dan Ahli Parlimen Balik Pulau telah digantung daripada menghadiri sidang mesyuarat selama enam bulan.

5. Akta Keselamatan Dalam Negeri masih dikekalkan meskipun pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mendesak supaya kerajaan memansuhkan akta zalim tersebut. Tambahan pula akta drakonian ini bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR 1948). Akta Keselamatan Dalam Negeri menzalimi tahanan kerana tidak membenarkan tertuduh dibicarakan di mahkamah disamping menafikan hak untuk membela diri. Sesi siasatan dibuat dalam keadaan zalim dan meragukan.

6. Pihak polis menggunakan kuasa dan kekerasan menangkap para peserta perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Antaranya ialah tangkapan ke atas kira-kira 46 orang peserta Perhimpunan Protes pada bulan Januari 2008, 438 orang peserta Himpunan Mansuh ISA pada bulan Ogos 2009, dan 70 orang dalam perhimpunan membantah kenaikan air di Selangor pada bulan Disember 2010. Penangkapan ke atas peserta perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

7. Pihak polis mengganggu program-program yang dianjurkan oleh parti politik Pakatan Rakyat meskipun diadakan dalam premis persendirian dan permohonan permit telah dilakukan. Malah, tangkapan juga turut dibuat ke atas individu-individu yang hadir ke program berkenaan. Antara kes yang pernah berlaku ialah,

a] pihak polis, anggota simpanan khas (FRU) dan dua trak meriam air telah menggempur program Sambutan Ulang Tahun Pakatan Rakyat pada 7 Mac 2010 di Kelab Sultan Sulaiman. Premis tersebut adalah milik persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor.

b] Pihak polis juga telah mengganggu dan menangkap peserta Himpunan Warga FELCRA Kebangsaan di FELCRA Bandar Seberang Perak pada 1 Ogos 2010. Program tersebut telah diadakan di tempat tertutup dan di atas premis persendirian.

c] Selain itu, puluhan pihak polis dan anggota FRU telah menyerbu markaz dan pentas ceramah PAS di Rengit pada 31 Julai 2010. Mereka telah bertindak merampas pembesar suara, menghalau individu-individu malah menangkap seramai sembilan orang.

8. Sistem dan amalan demokrasi pilihanraya kampus telah dicabul apabila pihak pentadbiran universiti memperkenalkan beberapa perkara baru yang tidak menjamin keadilan, ketelusan dan bersikap berat sebelah. Antara peraturan tidak demokratik yang diperkenalkan di Universiti Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia ialah; sistem pengundian elektronik (e-voting), tempoh berkempen yang singkat, pusat pengundian yang diletakkan di kolej kediaman bukan di fakulti dan semua calon dipaksa dan diwajibkan untuk menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.

9. Pihak Pendaftar Pertubuhan bercadang untuk menghadkan dan mengetatkan proses penubuhan parti politik pada bulan Februari 2011 adalah bercanggah dengan semangat demokrasi dan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan.

10. Parti UMNO dan Barisan Nasional telah menggunakan pelbagai jentera kerajaan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini. Antaranya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kerajaan Persekutuan telah berkampung di Kampung Ladui dan Pos Hau ketika Pilihanraya Kecil DUN Galas. Perkara yang sama turut dilakukan oleh FELDA apabila badan berkanun tersebut menggunakan bajet sokongan serta jentera pentadbirannya untuk membantu Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

Demikian dari sebahagian pencabulan demokrasi dalam negara kita yang mewajarkan rakyat bangkit mendasak agar Kerajaan memulih dan meratakan padang demokrasi negara agar persaingan berlangsung secara adil, telus dan saksama.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan