Sunday, March 21, 2010

ZAHRIN PINTAR2 BODOH


Lagi Pasai Zahrain : ZAHRIN PINTAR2 BODOH
Posted by Luna and Thatguy on Sunday, March 21, 2010
Labels: blog, bloggersnetwork, Cambah Fikir, FB, hebahan, isu semasa, kongsi artikel, luahan, penulis tamu, UMNO, virus
Oleh : Ismaily Bungsu

SAYA kekadang bisa saja mengatakan yang Zahrin ini manusia pintar. Pintar menjulang nama dia sehingga dia terkenal dalam waktu terdekat dan semua rakyat tahu bahawa dia saja yang paling lantang dan berani menghentam Tuannya yang pernah berbudi kepadanya dan parti yang menjulang nama dia dalam politik sebab di UMNO dia bukan siapa-siapa.

Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya dia itu pintar-pintar bodoh dan dia kala bercakap tidak memikir bahawa secara langsung dia mencari begitu ramai musuh di dalam BN dan sekaligus dia lupa bahawa rakyat smeula bukan saja akan bertambah penyokong PKR, malah ramai orangt BN marah kepadanya, apa lagi nanti kalaulah dia diterima masuk di dalam UMNO dan bakal jadi calon dan ini jelas akan memancung leher UMNO secara lagi teruk nanti di penang. Yakin dan percayalah sebab rakyat tahu keadaan ini.

memang berkarisma tetapi berubah menjadi seorang yang bodoh bila berada di dalam UMNO nanti kerana akibat salah jalan/yang Zahrain ingin muncul sebagai wira baru UMNO dengan membuat berbagai pendedahan rekaan di dalam parlimen tetapi dia lupa dia telah membebankan dirinya dengan satu beban yang sangat berat.

Cerita di parlimen akan menjadi seumpama dongeng penglipurlara jika ianya tidak disertakan bersama sama fakta. Malah ditambah lagi Zahrain menyebut nama nama tertentu seperti Yang diPertuan Agung, panglima angkatan tentera dan timbalan speaker. Bila dewan disambung bersidang nanti, dia akan dicabar untuk membuktikan kenyataannya. Di kala itulah dia akan menyedari sebenarnya dia hanya menjerut lehernya sendiri.

Iya, bagi setengah pemimpin BN pula, zahrain adalah umpama duri dalam daging bagi mereka. Mereka mula memandang jijik kepada zahrain kerana politik murahannya. Mereka mula membenci zahrain kerana tidak semena mena nama setengah mereka disebut sebagai orang yang ingin keluar dari BN semasa agenda 16 september. Bagi mereka seolah olah zahrin ingin mengocak ketenangan kehidupan mereka di dalam BN.

Tanpa disedari zahrin ingin menyemai rasa ragu di hati Najib terhadap setengah pemimpin BN. Rasa 'keraguan' inilah yang sangat pantang bagi pemimpin BN. Padahal mereka siang malam bersikap membodek dan 'yes bos' setiap masa.

Belum pernah ada dalam sejarah ada pemimpin BN yang berani menyanggah arus. Apa sahaja isu akan diulas senada dengan kehendak perdana menteri semasa. Hatta jika perdana menteri pada masa itu mengutuk perdana menteri yang lepaspun, maka bersahut sahutanlah pemimpin BN yang lain mengutuk sama. Padahal perdana menteri tersebut dulunya sangat dipuja oleh mereka sendiri.

Sikap yang terlalu ingin mendedahkan keburukan kawan, mungkin tidak pernah terfikir oleh zahrain bahawa hanya mendedahkan sikap sebenar dirinya di mata rakyat. Bagi setengah pemimpin BN sendiri mungkin telah mula berkata di dalam hati, "orang yang macam ni tak boleh dipercaya, kawan tikam kawan"

Menunggu sidang yang baru mungkin sangat lama bagi zahrain kerana dia sendiri sudah pasti menyedari akan ada serangan balas terhadap dirinya di dalam dewan nanti. Dia sendiri masih belum memahami kenapa ramai pemimpin BN tidak terlalu berani menyerang pemimpin PR.

Ini kerana jika serangan balas dilakukan oleh PR, maka siap dengan fakta dan pendedahan yang mengaibkan akan terbongkar. Tentang zahrain sendiri sudah pasti nanti akan ada helaian kertas sebagai bukti perangai buruk zahrain.

Contoh utama mungkin surat permohonannya yang dihantar kepada Lim Guan Eng, yang ingin meminta gelaran Datuk Sri atau mungkin borang tender dari syarikat 'duaringgit'nya.

Timbalan perdana menteri juga ada menggambarkan akan mengambil tindakan tegas dan memandang serius terhadap kenyataan yang menyebut nama Yang diPertuan Agong di dalam parlimen. Pada asasnya dia menyebut tindakan akan diambil terhadap Anwar tetapi jika sekiranya betul sudah pasti akan ada satu perbicaraan. Jika perbicaraan berlaku, sudah pasti beban yang pertama digalas oleh zahrain. Perlu dibuktikan di mahkamah kebenaran tuduhannya.

Apa yang nyata zahrain tidak menyedari dirinya semakin bodoh kerana semata mata ingin mencari nama di dalam BN. Tindakannya ingin menjadi wira baru BN adalah hanya mencipta musuh di kalangan pemimpin BN sendiri. Ternyata peluru yang ingin ditembak kepada PR terkena pemimpin BN sendiri

Mari kita fikirkan secara waras dan bijaksana!

Apa Teruk Sangat

Saturday, March 20, 2010

Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar. Apa pasal teruk sangat ni?

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja. Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak). Jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja”.

“Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno. Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok”.

“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu”.

“Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut. Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat”.

“Jangan cabar, waktu wedding anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita”.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudahlah Pasir Salak. Pasir Salak duduk dahulu. Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung,

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar”.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata,

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni?

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah”.

“YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut”.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

Sambung Saifudin lagi,

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok”.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya.

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu. Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?”

“Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama”.

Tempat : Dewan Rakyat, 19 Mac 2010