Friday, July 31, 2009

AlaHai MasItaH..................

Fatwa Dr.Mashitah Tentang Himpunan Mansuhkan ISA


UMMI HADHARI, Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa HARAM hukumnya disisi Islam menyertai Himpunan Anti ISA 1 Ogos ini. Alasan yang diberikannya cukup mudah iaitu perhimpunan tersebut memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Itu pegangan Dr Mashitah, yang sebelum ini telah 'memfatwakan' perempuan atau ibu yang terdesak dalam hidup HARUS melacurkan diri untuk menyara keluarga.

Teman nak tanya beberapa soalan saje, pertamanya ISA itu sendiri yang menahan seseorang tanpa bicara dan diberi hak untuk mendapatkan pembelaan TIDAK HARAMKAH di sisi Islam?
ISLAM benarkankah penahanan tanpa bicara ini?

Keduanya, hanya yang berhimpun untuk menentang ISA sajakah yang haram? Bagaimana pula dengan PEWARIS dan PERKASA serta beberapa kerat NGO Melayu yang turut sama berhimpun pada hari itu (dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara?) ? Tidak haramkah tindakan mereka.

Untuk pengetahuan Dr Mashitah, kata-kata dan 'fatwa' sesat kamu sudah lama orang Islam tak dengar dan memang taknak dengar pun. JANGAN SESATKAN pemikiran umat Islam dengan fatwa logik akal kamu tanpa berlandaskan sebarang hujjah dan dalil yang kukuh.

Lawak Masitah : Pada Hari Itu Masitah tgk filem lawak bodoh yang amat BODOH?

Orang Lain KeTawa tapi dia tak KeTawa...KENAPA...sebab dia bodoh wakakakakakka


ReNunGan SejEnaK

Jerangkung Hidup Bermaruah........

Bak "Jerangkung Hidup"...teringat aku geng hantu Jepun dalam filem Tan Sri P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk..."Cobaaaaaaannnn".

Perempuan botak yang disebelah kiri sekali kelihatan tidak bercoli. Mungkin beranggapan tidak perlu dibaluti payudara yang kempis. Sesiapa yang melihat kalau "naik ghairah" bermakna nafsunya perlu dibuat "adjustment dan alignment".

Agak-agaknya berapakah berat mereka? Jarum pengukur yang hanya menimbang tulang-belulang yang menanti retak.

Inilah realiti kehidupan bagi sesetengah masyarakat di dunia. Tanpa program "diet" mereka sudah semulajadi kurus kerana faktor kemiskinan. Organ badan dan urat nadi yang dilapik kulit nipis tanpa isi.

Mereka tetap tabah meneruskan kehidupan. Kekal bernyawa selagi ada udara percuma. Si Ibu dengan naluri keibuan menyusukan anak dipangkuan "keras". Walaupun sedar hanya "darah pahit" yang dihisap, Si Ibu percaya Si Anak tetap bermimpi indah. Cukup terharu.

Coretan "Kemanusiaan" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

Komen Teman : Mereka tetap bermaruah Kalau nak dibandingkan dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang

Kesah UguT by MeNterI

HISHAMMUDDIN........MU JANGE UGUT RAKYAT WEH.............


Boycott ISA

Kita Tak Perlu ISA

Malaysia mempunyai pelbagai akta yang boleh digunakan..maka pergunakanlah sebaiknya...kita ada Akta Hasutan..Akta Media dan Komunikasi dan bermacam-macam jenis akta yang kita tidak mengkajinya...ialah peninggalan tok British kita...justru itu wajarlah kita mencorakkan negara kita 1Malaysia dengan suatu perubahan yang akan menunjukkan bahawa rakyat kita Malaysia matang dan bijak.

Kerajaan tidak perlu panik , andai ada sesuatu perkara berlaku maka tindakan yang dibuat hendaklah berdasarkan undang-undang. Kalau merasakan banyak kelonggaran jika ISA tiada maka rombaklah undang-undang tersebut dan berikan alasan terbaik buat rakyat menerimanya. Islam menyarankan sesuatu kesalahan perlu dibuktikan andai tiada maka gugurlah dakwaan tersebut...Islam sungguh cantik cuma umatNya sahaja mempersendakan ajaranNya ...

Thursday, July 30, 2009

Kelebihan Syaaban

MUSLIMIN MUSLIMAT

Hari ini, hari pertama bulan Syaaban. Dengan hadirnya bulan Syaaban, bermakna kita kian menghampiri Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Justeru itu pertingkatkan amalan kita pada bulan syaaban ini sebagai langkah persiapan menemui Ramadhan. Perbanyakkan amalan sunat disamping pertingkatkan lagi segala amalan yang diwajibkan ke atas kita.

Sesungguhnya Allah swt jua tempat kita berserah. IA amat mengetahui apa yang kita lakukan dan terserah kepada NYA samada hendak memberi ganjaran atas amalan kita atau sebaliknya. Wallahua'lam.


Syaaban dan kelebihannya



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Bulan syaaban muncul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 06 Ogos 2009 (15 syaaban 1430) . Apa pentingnya Nisfu syaaban? Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :

(01) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

(02) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

(03) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.

(04) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.

(05) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :

* Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.

* Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

* Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:- Angkat kepala mu ke langit, tulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman:" Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-

Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-

Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).


Pesanan Penting:

Untuk makluman semua....Malam Nisfu Syaaban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk maghrib), 18th September, 2005.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'ab! an (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? ! setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.

Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada! hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya." (Hadis Riwayat Muslim)

Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab...

Wassalam.

SELAMAT BERAMAL

Wednesday, July 29, 2009

KonPirAsi BaRu............UMNO

DNA - SATU KONPIRASI BARU

Prosiding inkues belum bermula. Malah pemanggilan untuk inkues penuh kecacatan. Tetapi tiba-tiba peguam yang dilantik mewakili kerajaan persis telah diarahkan oleh pejabat Peguam Negara supaya jangan tak sebut hal DNA di kot mendiang Teoh Beng Hock.

"Penemuan DNA" menjadikan teori terjatuh dan terjun tertolak, kerana Peguam Negara sedar masyarakat tidak mempercayai teori itu.

Peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan sempat berkata sebelum inkues ditangguhkan semalam, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian belakang kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Dengan kenyataan Tan Hock Chuan mengenai penemuan DNA di kot simati dan menyatakan pula terdapat dua orang yang enggan untuk menjalani ujian DNA, meletakkan spekulasi yang berbagai-bagai selepas inkues ditangguhkan sehingga Rabu depan.

Seorang wartawan yang juga seorang blogger ternama, Rocky Bru mendedahkan:
The two are Kajang municipal councillor Tan Boon Wah and businessman Lee Wye Wing. Their lawyer said the two have nothing to hide, that they'd wait for the Coroner's order first.
Ia jelas satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan "pembunuhan" dari pegawai penyiasat SPRM kepada ahli-ahli DAP yang menjadi rakan karib si mati.

Ia mirip taktik penyimpangan yang dilakukan oleh blog t4tbh!

Peguam Negara akan memanipulasikan Akta DNA sebagai satu kaedah baru pendakwaan. DNA adalah satu cara baru, satu senjata baru yang diperolehi oleh Peguam Negara untuk menyelamatkan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat di dalam kes kematian ini.

Tidak perlu kehadiran tertuduh nanti di tempat kejadian. Tidak perlu buktikan apa-apa yang lain. Memadai dengan DNA!

Sama halnya dengan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekalipun kesemua dokumen menjelaskan tiada bukti Saiful diliwat, namun DNA boleh digunakan untuk mensabitkan Anwar dengan kes berkenaan. Satu konspirasi baru dari pejabat Peguam Negara hasil usahasama dengan Polis Diraja Malaysia dengan pihak parti pemerintah yang meluluskan dengan cepat Akta DNA.

Rakyat Malaysia, berhati-hati tentang wujudnya konspirasi jelek di dalam kes kematian Teoh Beng Hock selepas ini. Ambil DNA dua orang yang enggan bekerjasama itu dan katakan itulah DNA yang ditemui di kot Teoh. Sama seperti mengambil DNA Anwar dan akan dikatakan itulah DNA yang diambil dari dubur Saiful!

Bacalah ayat ini selalu dan yakinlah:


Kerana keangkuhan (mereka) di muka bumi dan mereka merencana (sesuatu) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain ke atas orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan menemui perobahan bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.(Fathir : 43)

Tuesday, July 28, 2009

ReZeki KeLantaN

Royalti kelantan : Petronas Tidak Ada Pilihan

KOTA BHARU, 28 Julai: Selepas bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata Kelantan berhak ke atas royalti minyak.

Kedua-dua mereka mengesahkan Petronas mesti membayar royalti minyak lima peratus itu kepada Kelantan kerana sememangnya itu perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kelantan.

Razaleigh berkata, jika dia masih menjadi Pengerusi Petronas, dia akan membayar royalti itu tanpa berdolak daleh lagi.

Zaid pula berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan pusat menolak tuntutan Kelantan itu kerana sememangnya itu yang tertera dalam perjanjian.

Ia ditandatangani Razaleigh selaku Pengerusi Petronas dengan Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika itu, kata Zaid.

Hari ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan itu.

"Tidak sebab kerajaan pusat tidak mahu memberikan royalti itu kepada Kelantan kerana minyak yang diambil itu dari perairan Kelantan," katanya.

"Kami akan berbincang, jika tidak boleh bincang kita akan bawa ke mahkamah, jika di sini tidak boleh ke mahkamah antarabangsa," kata beliau hari ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri telah menuntut royalti minyak bernilai RM1 bilion dari Petronas.

Pada 4 Ogos ini, 30 pemimpin termasuk wakil rakyat dan wartawan akan dibawa ke pelantar minyak terdekat untuk membuktikan pelantar itu berada dalam perairan Kelatan.

Monday, July 27, 2009

UMNO Gila MeRoyaN Le Pulak...............

Ini Permainan UMNO bukan saya, kata Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.

Friday, July 24, 2009

FiKir FiKiR KaN Le yE...................

Antara LILIN dan NAWAITU, Mana yg Benor.........



Isu Dato Seri Nizar dan beberapa Pemimpin PR yang Bergama Islam memegang lilin selepas sidang Media di banggunan DAP Ipoh sehari selepas Kematian Mendiang Teoh terus dipolitikan oleh sesetengah dari Rakyat dan beberapa Pemimpin yang dalam PR sendiri.Mungkin kerana ia dilakukan oleh Pemimpin PR lalu ia diperbesarkan dan dicanang sehari-hari sehingga keluar la satu lagi FATWA SEGERA dari yang HARUS dan HARAM..!!

Berkatalah semua bahawa memegang lilin itu HARAM disisi AGAMA..bukan teman nak mempersoalkan isu tersebut bagi teman ada ramai yang lebih MAKLUM dan ARIF mengenai isu ini dan biarlah mereka yang mengulasnya dari sudut pandangan ISLAM.

Kalau Ia bercanggah dari sudut ISLAM bagaimana pula dengan tindakan PAKLAH dahulu yang sujud bertafakur di TUGU NEGARA walaupun telah ada sebelum itu satu FAKTA yang dikeluarkan oleh Para Ulamak yang mengatakan perbuatan itu HARAM namun ia tetap diadakan .Tiada pula suara-suara sumbang baik ulamak PAS atau Umno yang mahu memperbesarkan isu tersebut..!!!Semua pakat senyap macam TIKUS,sebab apa sebab itu Kerja Kerajaan yang buat cakap lebih nanti poket Kosong...!!!

Bab adat orang melayu yang sambut Hari Lahir dengan Kek dan LILIN apa macam pulak..??Terang-terang ajaran atau cara itu sebenarnya perbuatan orang kafir so sampai sekarang ia masih jadi ikutan kita jugak..!!Tiada pulak ULAMAK yang berani tegur bab ni..semua MENIKUSKAN DIRI...

Lepas ni teman syorkan pulak kalau kata rumah korang TAKDE API jangan pasang atau sentuhpun LILIN tu pasal nanti kalau ada terniat lain susah pulak...yelah sebab LILIN ni untuk acara Keugamaan jer...!!

Bukak la MINDA korang tu ALLAH SWT memandang kepada NIAT manusia tu...

Mari kita sembang pasai gambar ni

UmNO PakLawak MoDen

Masih Ingatkah Kita UMNO Berdemo Membantah SPRM

Masih ingatkah kita dengan gambar di atas. Demo ini dilakukan oleh orang Umno apabila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit dan menghina SPRM.

Memberi respon dalam isu tersebut che'GuBard telah membuat posting dengan memberikan komen betapa SPRM lebih teruk dari BPR kerana bukan setakat menjadi alat regim Bn tetapi seronok diperlalat kelompok tertentu dalam Bn untuk menjamin kepentingan mereka termasuk sanggup diperguna untuk sabotaj sesama Bn menjelang pemilihan.

Namun di banyak peringkat ketika itu orang Umno yang cemas terus bangkit memaki hamun SPRM.Justify FullNamun minggu sudah situasi berbeza orang Umno tiba - tiba buat demo untuk tunjuk yang mereka sokong sangat SPRM dan Polis.....Adalah 50 orang yang diberi masa 20 minit oleh Polis...Adakah mereka ini hanya tahu bertindak mengikut arahan 'pay master' atau tuan politik mereka semata - mata tanpa mampu memikir rasional. Lebih parah lagi antara hamburan kata - kata dalam himpunan tersebut antaranya ialah mempertahankan institusi SPRM yang ditunjangi Melayu dari diserang oleh Cina...... apa semua ini...sudah suntuk akal atau kering strategi politik....?

Tuesday, July 21, 2009

KiSah HaNtu Ye..................

Kini heboh di dalam spaper sana sini kisah pocong menjelma di Jengka Pahang sehingga susut nilai export kelapa sawit kita akibat dari ketakutan yg amat sangat peneroka jengka. Kini buah2 kelapa sawit busuk dipokok tanpa diambil untuk dijual.

Teman bagi sedikit petua org2 sebelah Perak bila bedepan dgn hantu2 ni...............

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

Komen Teman : LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!! Tak caye cube tengok Zamri D'Zombi kat bawah tu

Zambry hina Nizar sertai majlis kematian Teoh!
















BARAH OTAK


Doctor : Minta maaf, sebenarnya anda mempunyai barah otak.
Zamri D'Pulau : Yesss!!! (sambil melompat kegembiraan)

Doctor : Adakah kamu faham apa yang saya cakapkan tadi?
Zamri D'Pulau: Ya la, apa doktor ingat saya bodoh?

Doctor : Abis kenapa kamu gembira sangat?
Zamri D'Pulau: Sebab ini membuktikan saya mempunyai otak!

RakYat PangGiLL Mu KuLI WeH

Eksklusif: Pelawaan Zaid Ibrahim SupayaTengku Razaleigh Hamzah Bersedia Menyertai PKR, Telah Berjaya Meresahkan Jiwa Raga Pemimpin UMNO !


Tindakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam blognya telah mendapat reaksi negatif dikalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Malah, dalam satu kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini menagaskan tindakan Zaid itu seolah-olah menghina dan merendah-rendahkan kewibawaan veteran UMNO itu. Malah tambah melucukan, akibat terlalu takut jika Ku Li mengambil keputusan tersebut, Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa Ku Li adalah satu daripada sebab UMNO mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lalu. Tiba-tiba pula, pemimpin UMNO itu mahu memartabatkan kewibaan Ku Li, sedangkan sejak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan membawa penyokongnya menyertai UMNO dulu nasib Ku Li "bagai telur dihujung tanduk". Selaku Presiden S46, beliau seolah-olah tidak berharga dan bernilai disini pemimpin UMNO. Biarpun mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam politik, namun Ku Li terus dipinggirkan dari menjawat sebarang jawatan dalam kabinet Mahathir, Pak Lah dan kini Najib Razak. Anehnya, orang kanan Ku Li seperti Rais Yatim dan Shabery Chik diberi pula tempat dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional. Bukankah tindakan ini seolah-olah memperkecilkan kewibaan Ku Li selaku Presiden S46 sebenarnya.

Maka, adalah menjadi satu kewajaran untuk Zaid Ibrahim mempelawa pemimpin veteran itu menyertai Pakatan Rakyat terutamannya PKR itu sendiri. Malahan, kini jelas dapat dilihat bahawa Ku Li senantiasa membangkit isu-isu rakyat dalam perjuangannya sejak akhir-akhir ini. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya juga jelas menunjukkan bahawa beliau kini membawa aspirasi rakyat. Maka itu, seharusnya Ku Li tidak perlu malu untuk bersama Pakatan Rakyat. Suara dan tenaganya masih diperlukan untuk mengembalikan maruah rakyat yang kian tercalar sekarang ini. Ku Li, wajar menghabiskan sisa-sisa kehidupannya dengan memperhambakan diri kepada rakyat dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO Barisan Nasional. Ini kerana hala tuju dan gagasan yang dibawa oleh UMNO sudah jauh tersasar. Malah, UMNO kini sudah tidak lagi relevan untuk orang Melayu. Perjuangan yang dibawa oleh UMNO hanya sekadar "retorik" semata-mata. Sebaliknya, bila kuasa sudah ada dan kekal ditangan mereka akhirnya rakyat dijadikan mangsa berbagai kezaliman. Malah rakyat yang tidak berdosa juga, terpaksa merintih dibumi sendiri akibat perbuatan khianat UMNO kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Maka itulah Ku Li, harus membuat keputusan sama ada ingin terus bersama UMNO yang sudah ditolak rakyat atau pun bersama rakyat yang kini mahukan perubahan. Kehadiran Ku Li dijangka memantapkan lagi api perjuangan rakyat ini.

[Sebagai anak raja yang berjiwa rakyat, maka Ku Li harus berkorban dan melupakan kepentingan diri sendiri. Seandainya Ku Li bersama Pakatan Rakyat, maka sudah pasti gelombang perubahan yang sepatutnya berlaku menjelang Pilihanraya Umum ke-13 itu akan dapat dipercepatkan lagi. Kekuatan UMNO dan BN pasti akan lumpuh, kerana Ku Li bukanlah calang-calang orang untuk diperkotak-katikkan. Beliau telah membuktikan kewibawaannya, malah kekalahan dalam perbutan jawatan tertinggi UMNO pada tahunn 1988 dulu penuh dengan misteri sebenarnya. Ramai yang mengatakan Ku Li menang pada kiraan awal sebelum lampu dipadamkan. Selepas "blackout" berlaku, barulah Mahathir mengatasi Ku Li. Ini bermakna bahawa Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan beliau dengan Anwar Ibrahim, jika digembeling sudah pasti akan mewujudkan "Tsunami Politik" baru dalam negara kita. Oleh itu, dengan pelawaan itu wajarlah Ku Li bersama rakyat sekarang].

Monday, July 20, 2009

Mana Bukti DSAI Meliwat

Ini bukanlah gambar Saiful sedang diliwat.. tapi gambar diwaktu Saiful memohon biasiswa dari DS Najib selepas gagal di Uniten walaupun dinafikan pada mulanya oleh Najib..

Peguam DS Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur. Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan. Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Malaysiakini

Bukan menyimbah cuka diluka, tapi saya ingin mengimbau kembali dimana seorang Timbalan Presiden PAS yang jelmakan warnanya yang sebenar dalam interview dengan wartawan apabila diajukan soalan berkenaan Anwar dan juga tuduhan liwat kedua yang dihadapi oleh mantan TPM itu.. ulasan nya dibawah dipetik dari Tulang Besi..

Hati saya hancur sehancur-hancurnya. Bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS boleh mengeluarkan kata-kata yang begitu rendah tarafnya. Di saat tidak lebih dari 6% rakyat Malaysia mempercayai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS mengambil sikap yang benar2 mengecewakan. Di dalam interview beliau dgn Karim Raslan, beliau ditanya berkenaan Anwar Ibrahim. Beliau menjawab: “I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility. “Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.” Jawapan Timbalan Presiden PAS ini tidak jauh bezanya dengan komen2 yang kita baca dalam blog UMNO. Malahan komen Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam, lebih baik dan berfakta dari jawapan ini. Seharusnya sebagai seorang Timbalan Presiden sebuah parti Islam, mesti jelas bahawa tuduhan ini harus dibicarakan di mahkamah Syariah di bawah hukum Qazaf. Islam wajib berada di atas segala-gala nya terutamanya permainan politik.

Komen Teman : Dan Nasha menggelar dirinya ULAMAK. Dalam interview dia kata mengapa lambat DSAI nak sumpah. Dalam Al-Quran saya jumpa hanya suami-isteri sahaja dibenarkan Sumpah (4+1) dalam kes zina. Ini ulamak Nasha ni bukan sahaja cakap macam orang umno, tapi macam orang umno cawangan ulu sekolah darjah nam.
Macamana orang Pas boleh pilih dia?
I dont blame Nasha but I put the blame on the delegates and all Pas members who chose those delegates. TG Nik Aziz has been hinting against these devilish characters since a year ago but Pas still voted them. Who is the most respected in Pas? Is it not TGNA? So, I blame all Pas members who voted these jokers into power. AstaghfiruLLAH! Teman malu dgn undang2 1Malaysia

Sunday, July 19, 2009

Yang Berhormat

Suara dan YB Malaysia 'ditendang' polis

Sebut sahaja wakil rakyat maka terbayang kepada kita tentang tugas murni yang sepatutnya dimainkan oleh wakil penduduk di sesuatu kawasan yang dipilih dalam sesuatu pilihanraya. Suara mereka dikira sinonim dengan suara rakyat. Wakil rakyat ini mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

Dasar Negara akan ditentukan melalui penggubalan undang-undang yang merupakan satu dari tugas rasmi mereka.

Mereka sepatutnya dihormati oleh kerajaan, pihak polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Lebih-lebih lagi di dalam negara seperti Malaysia yang meuar-uar mengamalkan demokrasi.

Adakalanya mereka terpaksa menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat dijalanan dengan cara aman. Wakil rakyat ini tidak seharusnya dilihat seperti musuh atau pengganas.

Saya berasa kesal yang amat sangat apabila melihat tindakan polis Malaysia mengambil undang-undang negara di dalam tangan sendiri dengan bertindak memprovokasi dan bertindak ganas dalam pelbagai bentuk - menangkap, memukul, mencedera, mengheret dan menghumban wakil rakyat ke dalam lokap.

Banyak sudah kejadian sebegitu. Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Gopala Krishnan dan ramai lagi diperlakukan sedemikian.

Terbaru apabila ADUN Perak dihina . Senjata dibawa masuk ke DUN tersebut. Speakernya diangkut seperti guni beras.Paling terbaru berlaku di Selangor. ADUN Rawang Gan Pei Nei mendakwa dipukul oleh Polis. Bukan sahaja beliau malah Elizabeth Wong , Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dikasari.

Apakah makna atau definisi wakil rakyat dalam kamus UMNO dan Barisan Nasional ?

Najib Razak perlu menyelami perkara ini. Jika wakil yang berkhidmat ini dijadikan seperti budak-budak, diangkut seperti guni cempedak busuk, tidak menghormati mereka, memaki hamun , memukul dan menendang suara rakyat ini, dimana kewibawaan Malaysia dan Parlimennya ?

Apa akan berlaku jika konflik yang sama dilalui oleh wakil rakyat UMNO dan BN ?

Najib perlu membuat satu keputusan segera agar apa-apa suara rakyat yang berkumandang di mana-mana pentas selagi ianya secara aman, polis hendaklah diharamkan menyentuh wakil yang berkhidmat ini apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap mereka.

Evolusi politik ini hendaklah kelihatan dilaksanakan dengan seadil-adilnya. Pemerintahan secara tekanan atau paksaan tidak pernah bertahan lama di dalam mana-mana negara pun.

Berikan ruang kepada Yang Berkhidmat untuk berperanan secara liberal.