Sunday, March 21, 2010

ZAHRIN PINTAR2 BODOH


Lagi Pasai Zahrain : ZAHRIN PINTAR2 BODOH
Posted by Luna and Thatguy on Sunday, March 21, 2010
Labels: blog, bloggersnetwork, Cambah Fikir, FB, hebahan, isu semasa, kongsi artikel, luahan, penulis tamu, UMNO, virus
Oleh : Ismaily Bungsu

SAYA kekadang bisa saja mengatakan yang Zahrin ini manusia pintar. Pintar menjulang nama dia sehingga dia terkenal dalam waktu terdekat dan semua rakyat tahu bahawa dia saja yang paling lantang dan berani menghentam Tuannya yang pernah berbudi kepadanya dan parti yang menjulang nama dia dalam politik sebab di UMNO dia bukan siapa-siapa.

Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya dia itu pintar-pintar bodoh dan dia kala bercakap tidak memikir bahawa secara langsung dia mencari begitu ramai musuh di dalam BN dan sekaligus dia lupa bahawa rakyat smeula bukan saja akan bertambah penyokong PKR, malah ramai orangt BN marah kepadanya, apa lagi nanti kalaulah dia diterima masuk di dalam UMNO dan bakal jadi calon dan ini jelas akan memancung leher UMNO secara lagi teruk nanti di penang. Yakin dan percayalah sebab rakyat tahu keadaan ini.

memang berkarisma tetapi berubah menjadi seorang yang bodoh bila berada di dalam UMNO nanti kerana akibat salah jalan/yang Zahrain ingin muncul sebagai wira baru UMNO dengan membuat berbagai pendedahan rekaan di dalam parlimen tetapi dia lupa dia telah membebankan dirinya dengan satu beban yang sangat berat.

Cerita di parlimen akan menjadi seumpama dongeng penglipurlara jika ianya tidak disertakan bersama sama fakta. Malah ditambah lagi Zahrain menyebut nama nama tertentu seperti Yang diPertuan Agung, panglima angkatan tentera dan timbalan speaker. Bila dewan disambung bersidang nanti, dia akan dicabar untuk membuktikan kenyataannya. Di kala itulah dia akan menyedari sebenarnya dia hanya menjerut lehernya sendiri.

Iya, bagi setengah pemimpin BN pula, zahrain adalah umpama duri dalam daging bagi mereka. Mereka mula memandang jijik kepada zahrain kerana politik murahannya. Mereka mula membenci zahrain kerana tidak semena mena nama setengah mereka disebut sebagai orang yang ingin keluar dari BN semasa agenda 16 september. Bagi mereka seolah olah zahrin ingin mengocak ketenangan kehidupan mereka di dalam BN.

Tanpa disedari zahrin ingin menyemai rasa ragu di hati Najib terhadap setengah pemimpin BN. Rasa 'keraguan' inilah yang sangat pantang bagi pemimpin BN. Padahal mereka siang malam bersikap membodek dan 'yes bos' setiap masa.

Belum pernah ada dalam sejarah ada pemimpin BN yang berani menyanggah arus. Apa sahaja isu akan diulas senada dengan kehendak perdana menteri semasa. Hatta jika perdana menteri pada masa itu mengutuk perdana menteri yang lepaspun, maka bersahut sahutanlah pemimpin BN yang lain mengutuk sama. Padahal perdana menteri tersebut dulunya sangat dipuja oleh mereka sendiri.

Sikap yang terlalu ingin mendedahkan keburukan kawan, mungkin tidak pernah terfikir oleh zahrain bahawa hanya mendedahkan sikap sebenar dirinya di mata rakyat. Bagi setengah pemimpin BN sendiri mungkin telah mula berkata di dalam hati, "orang yang macam ni tak boleh dipercaya, kawan tikam kawan"

Menunggu sidang yang baru mungkin sangat lama bagi zahrain kerana dia sendiri sudah pasti menyedari akan ada serangan balas terhadap dirinya di dalam dewan nanti. Dia sendiri masih belum memahami kenapa ramai pemimpin BN tidak terlalu berani menyerang pemimpin PR.

Ini kerana jika serangan balas dilakukan oleh PR, maka siap dengan fakta dan pendedahan yang mengaibkan akan terbongkar. Tentang zahrain sendiri sudah pasti nanti akan ada helaian kertas sebagai bukti perangai buruk zahrain.

Contoh utama mungkin surat permohonannya yang dihantar kepada Lim Guan Eng, yang ingin meminta gelaran Datuk Sri atau mungkin borang tender dari syarikat 'duaringgit'nya.

Timbalan perdana menteri juga ada menggambarkan akan mengambil tindakan tegas dan memandang serius terhadap kenyataan yang menyebut nama Yang diPertuan Agong di dalam parlimen. Pada asasnya dia menyebut tindakan akan diambil terhadap Anwar tetapi jika sekiranya betul sudah pasti akan ada satu perbicaraan. Jika perbicaraan berlaku, sudah pasti beban yang pertama digalas oleh zahrain. Perlu dibuktikan di mahkamah kebenaran tuduhannya.

Apa yang nyata zahrain tidak menyedari dirinya semakin bodoh kerana semata mata ingin mencari nama di dalam BN. Tindakannya ingin menjadi wira baru BN adalah hanya mencipta musuh di kalangan pemimpin BN sendiri. Ternyata peluru yang ingin ditembak kepada PR terkena pemimpin BN sendiri

Mari kita fikirkan secara waras dan bijaksana!

Apa Teruk Sangat

Saturday, March 20, 2010

Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar. Apa pasal teruk sangat ni?

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja. Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak). Jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja”.

“Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno. Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok”.

“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu”.

“Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut. Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat”.

“Jangan cabar, waktu wedding anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita”.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudahlah Pasir Salak. Pasir Salak duduk dahulu. Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung,

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar”.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata,

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni?

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah”.

“YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut”.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

Sambung Saifudin lagi,

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok”.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya.

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu. Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?”

“Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama”.

Tempat : Dewan Rakyat, 19 Mac 2010

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul Sunnah Siapa?


Umno/BN bukan sahaja jahat juga jahil. Kerja-kerja jahat, tidak menafikan "sekelumit jasa Umno/BN", menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat di negara yang kaya dengan pelbagai khazanah alam, anugerah Allah. Keupayaan Umno/BN memerintah Malaysia sejak merdeka membolehkan parti itu menguasai dan mengeksploitasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi meneruskan hayat politik mereka. Seseorang tidak perlu menjadi bijak untuk menelusuri setiap kejahatan Umno/BN, terutama tindakannya memperalatkan institusi kehakiman, anggota keselamatan, media dan sebagainya, yang semua berfokus mempertahankan kuasa dan merompak khazanah negara. Paling menyedihkan ialah kesanggupan Umno/BN menabur "fitnah" dan menyebarkan kegelisahan di kalangan rakyat, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Unit "media perdana" melemparkan jauh-jauh sebarang bentuk etika dan tanggungjawab sosial untuk menabur "fitnah" dan mempertahankan ketuanan Umno/BN. Serangan terhadap Selangor, Kedah, Kelantan , Pulau Pinang , tidak akan berakhir, walaupun kesan jahatnya "terpaksa" ditanggung oleh semua rakyat sebagaimana yang telah mereka lakukan di Perak. Segala institusi termasuk keselamatan, kehakiman dan raja berpelembagaan "dinodai" dan "diperalatkan semaunya" untuk menafikan pilihan rakyat yang sah. Mereka telah lakukan dengan jayanya di Perak. Terkini ialah fitnah dan pembohongan yang direncanakan ke atas KM Pulau Pinang . Kerja jahat dan jahil media mengeksploitasi isu perkauman untuk membangkitkan kebencian dan kegelisahan rakyat. KM Pulau Pinang dikatakan membatalkan perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang kerana beliau seorang China dan Dap. Aibnya, setelah mengabaikan kepentingan Melayu Pulau Pinang dan menghina Islam, Umno/BN cuba menambat hati rakyat dengan bertindak sebagai juara, juara yang meminggirkan Melayu dan Islam sejak lebih setengah abad memerintah Malaysia dan Pulau Pinang. Apakah kemunduran Melayu Islam di Pulau Pinang kerana berada setahun lebih di bawah Lim Guan Eng?

Kerja jahat Umno/BN mendedahkan kejahilan mereka. Jika benar, apalah erti perarakan Maulidur Rasul kepada Melayu dan Islam. Sudah berpuluh tahun Umno menyambut perayaan Maluidur Rasul, namun Islam makin jauh daripada sanubari orang Melayu. Akhlak generasi terkini terlalu asing dengan akhlak Rasulullah. Umno/BN mesti bertanggung jawab dan mengakui bahawa keruntuhan akhlak golongan muda kerana salah urus mereka. Apa yang Islam dapat dengan perarakan yang "bukan sunnah" dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Jahil dan jahatnya Umno, memaksa doktrin yang bukan ajaran Islam sebagai suatu sunnah. Sunnah siapa sebenarnya perarakan Maulidur Rasul itu?

Kenapa Umno/BN tidak menyerang Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz yang Pas dan Islamik serta tidak berminat dengan perarakan Maulidur Rasul. Umno/BN sebenarnya "kelemasan" dan akan mencapai apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus tenggelam. Makanya tindakan mengeksploitasi "isu-isu" menampakkan mereka kian ngawur dan bodoh. Umno/BN sesat kerana mereka ada ulama tetapi memperalatkan ulama sebagaimana mereka lakukan terhadap institusi kehakiman, raja berpelembagaan dan semuanya. Kalau boleh Umno/BN suka mengawal segalanya termasuk mengatur dan menguruskan "Tuhannya" sendiri.

Tuesday, February 23, 2010

LAGI MELAYU KENA TIPU

KALAU TAK PERCAYA - INI DIA PETANYA




HUSAM : IKLAN PENJELESAN KELIRIKAN , PUSAT WAJAR BETULKAN PENDIRIAN – malaysian insider

Dalam jawapan balas susulan iklan mengenai isu tuntutan royalti minyak disiarkan kerajaan pusat kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa memberitahu, penjelasan itu “amat mengelirukan” dan menggesa kerajaan pusat membetulkan pendiriannya segera.

Husam merujuk kepada Akta pembangunan Petroleum (PDA) 1974 mengenai tadbir urus petroleum terhadap negeri-negeri yang terdapat hasil pengeluaran minyak antaranya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

“Di bawah akta inilah perjanjian dengan negeri-negeri dilakukan.

KAH KAH KAH...

woit... SABAH DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK... kah kah kah..

woit... SERAWAK DAPAT LIMA PERATUS DUIT MINYAK.. kah kah kah..

woit... KENAPA KELANTAN DAN TERENGGANU TAK BOLEH ?... kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT NANTI SABAH DAN SERAWAK KELUAR MALAYSIA?...kah kah kah..

woit... KALAU KELANTAN DAN TERENGGANU KELUAR DARI MALAYSIA ...BOLEH DAPAT SEMUA DUIT MINYAK.... kah kah kah...




Saturday, February 6, 2010

Dulu 6 Sekarang 1,......Tertewas kah Anwar


Di atas adalah 4 wajah yang kononnya pernah diliwat Anwar-penulis ucapan Anwar, Dr Munawar Ahmad Aness; adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; bekas pemandu peribadi keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar dan Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Selain mereka berempat, 2 orang lagi yang tidak pernah dilihat tetapi turut didakwa diliwat Anwar adalah-bekas pensyarah, Hairany Mohd Naffis dan pereka fesyen, Mior Abdul Razak Yahya.

Munawwar, Sukma dan Mior Abd Razak telah membuat pengakuan bahawa mereka disiksa oleh Polis dan dipaksa membuat pengakuan bahawa mereka diliwat Anwar.

ke semua kes mereka termasuk melibatkan Hairany telah digugurkan oleh pendakwaraya tanpa sebarang alasan. Walhal pihak pendakwa telah gagal untuk membina fakta yang kuat dalam pertuduhan terhadap Anwar.

Selepas tengok filem Avatar, Mahathir kata tragedi 911 adalah ‘filem’ ciptaan Amerika….dan….Selepas membaca kes Munawar, Sukma dan Mior yang mengaku disiksa untuk mengaku diliwat…saya boleh katakan bahawa tidak mustahil kes yang lain itu juga ciptaan pihak-pihak yang takut pada Anwar…Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa pada masa ini terhadap Anwar. Jika Mahathir boleh buat, mereka juga boleh buat…..

Sunday, January 10, 2010

SUATU KETIKA



Saat Ini Suatu ketika dahulu,
Aku terpaku menatap bait-bait yang tertulis,

Padanya terpapar bait yang tidak ingin ku baca.

Aku bertanya pada diri,
Apakah aku sudah bersedia menghadapinya?
Lalu kusingkap kata hikmah ujian Ilahi,

ku peroleh titisan ketenangan yang pertama.

Aku terus menadah titisan ketenangan berikutnya,
walaupun ribut taufan mengganas tanpa aku memahaminya,
Angkara harapan yang diimpi musnah berderai,

hingga aku seperti kehilangan tempat berlindung.

Ku gagahkan langkahan mencari titisan ketenangan,
Selangkah demi selangkah aku meniti,
Allah maha kaya,
Ada hikmah yang tersembunyi yang cukup bernilai,

menjadikan pasrah diriku bertukar redha.

Pesanku buat diriku sendiri,
Andai dirundung duka,
Usah mengeluh sejuta rasa,
Lihatlah sedalam-dalamnya,
ada Rahsia indah yang tersembunyi,

cari lah ia.

Suatu ketika nanti,Pasti ketemu nikmatnya.
Sesungguhnya Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan

Tuesday, December 15, 2009

Muhasabah Diri

Sedih Dan Insaf Saya Membaca Kisah Benar Ini

Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf & merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Bacalah kisah benar dibawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk seorang kariah ditempat kami, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah. Ikut giliran, sepatutnya jiran aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliran jiran aku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapanya yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Ijok. Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah Kg Baru Sg, Buloh dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Ijok ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Selesai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah…!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar Sg. Buloh, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini, kerana saya juga tidak berapa mampu setelah business saya jatuh. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival…ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke perhentian bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai KETUANAN MELAYU.



KETUANAN LEMBU