Tuesday, April 27, 2010

Alahaiiiiii PerkasaM

Aku pelik... apa sebenarnya faedah Perkasa ditubuhkan. Nak kata dia berperanan mempertahankan bangsa Melayu dan hak mereka, apalah hak bangsa Melayu yang masih ada??

Tak sedarkah Perkasa yang hak-hak Melayu dah gugur ibarat bergugurannya daun-daun kering bermula di era pentadbiran Mahadhir Mohamad. Ai... takkan dah lupa kot. Raja Katak dulu beriya-iya.... bersembur-sembut air liur menentang Mahadhir. Tup-tup.... jemput pulak si Melayu ultra yang hipokrit itu untuk merasmikan pertubuhan yang dipimpinnya. Inilah species "Melayu Mudah Lupa" yang dikatakan oleh Che Det. Aha.... a living example right in front of our eyes.

Kedua-duanya.... 2X5 hipokrit!! Bapak hipokrit!!

Sebenarnya... Perkasa ni pada aku, ialah sebuah pertubuhan 'batu api' yang di'asign'kan untuk menjolok isu-isu yang ada kaitan dengan bangsa Melayu dengan kaum-kaum lain. Jangan sesekali korang sentuh apa-apa tentang hak bangsa melayu... Perkasa akan ke depan untuk mempertahankannya. Pooraahh... hak apa ke bendanya yang masih ada??

Eeeiiiyaa.... menyampahnya aku pada Perkasa yang bersifat over Ultra Malay dan rasis ni. Tengok saja saranannya terhadap kaum Cina di Hulu Selangor, kepada BN. Hentikan bantuan kepada mereka..... just because kaum Cina Hulu Selangor, solid menolak BN semasa PRK P094 di situ bebaru ini.

Woit.... korang ingat duit bantuan tu, duit mak bapak korang punya, eh....?? Don't perasan ler!! Itu duit rakyat, weh oi.... rakyat yang bayar cukai. Rakyat??? Paham tak RAKYAT?? Tak kira ler mereka itu Cina ke.... Melayu ke.... India ke... atau yang lain-lainnyer ke?? They are all rakyat Malaysia yang ada hak. Eeei... bangangnya puak-puak Perkasa ni!! Baca sini.

Itu satu bangang. Ada lagi.....

Nak kata Perkasa memperjuangkan agama.... entah ler. Apa yang mereka buat tentang APCO di Malaysia. Terang-lagi bersuluh itu pertubuhan Yahudi.... Zionis.... yang menjadi musuh nombor satu Islam, tetapi apa yang mereka buat?? Tak dengar suara pun.... membisu dan kelu lidah mereka terhadap isu ini. Hipokritnya....

Sebenarnya... Perkasa ini aku rasa hanya menjadi 'tool' kepada sesuatu pihak untuk menjaga kepentingan mereka. Perkasa seolah-olah dijadikan 'kaki jolok' dan 'batu api' mereka untuk meng'gempak'kan sesuatu isu yang ada kaitan dengan kaum. Aha.... pertubuhan bikin gempak!! Tapi.... tak dak teloq!! Telog kena 'genggam' dengan 'TUAN' mereka. Toothless... tak bergigi, setakat bersembor air liur jer ler.....

Tampar muka 'orang' yang ada dalam gambar banner dengan kasut... berani ler mereka!!! Beretorik..... mereka memang handal!! Cer buat depan-depan.... face to face... kasut betul-betul atas muka kawan tu, ada berani ka?? Tak berani punyer....percayalah!!


Alahai.... Perkasa, sudah-sudahlah. Menyampah aku!!

No comments: