Sunday, November 1, 2009

InFo SemAsa

Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang Melayu terkaya di dunia?


SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali
sebagai ‘Daim Yang Diam’

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai
orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu
apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan
‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun
seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun
dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania. Ketika itu
aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untukpengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah
masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam
hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia
lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang
‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai
bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar
yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin.
We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine
branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat
itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya
di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana
‘Daim Yang Diam’.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The
Banker di London.)

No comments: