Friday, November 13, 2009

CeRita S'CasH


CERITA DULU............

Setelah 3 tahun menunggu, sejak Mac 2006 hingga pada malam saya menulis post ini, sudah sampai masanya, saya umumkan beberapa perkara yang boleh di anggap penutup kepada penantian yang lama ini.

Walaupun banyak web lain yang menyebut S’cash akan kembali, ia hanya fatamorgana yang dicipta oleh bangsat-bangsat tertentu tanpa saya selidiki dan ingin tahupun sebab-sebabnya.

Sampai kini tiada iklan yang menjanjikan wang dari sana dan juga dari sini untuk isi perut saya.

Ahli kumpulan saya tiadalah besar mana, sekitar 100 akaun sahaja... Ada antara mereka dari kalangan ahli keluarga, sahabat handai, guru-guru, kawan, rakan pejabat dan sebagainya, sama sahaja dengan tuan-tuan juga... Saya dari kumpulan yg takperlu disebut namanya. Pernah menjadi pelabur full time dan tinggal di Sungai Buloh. Kawasan saya tinggal terdiri dari kumpulan manoriti dikalangan pelabur S’cash. jadi saya amat terpencil untuk dikenali.

Saya amat kasihan dengan beberapa orang yang jelas menderita daripada SC. Namun tak banyak yang boleh saya buat kerana saya juga tidak mencapai pengutan yang banyak dari SC, tapi alhamdulillah, saya tidaklah rugi atas kos, rugi atas untung juga masih boleh ditampung, pokoknya, saya tidak rugi dari segi kewangan.


Tapi saya rugi teruk dari segi reputasi, saya bukan orang yang terlalu baik, tapi reputasi yang busuk sejak kejadian S’cash ini amat mengganggu saya. Saya yakin ada antara tuan-tuan yang mangalami nasib sama seperti saya.

Sayugia dan dengan rasa rendah diri, saya ingin sekali lagi memohon maaf daripada seluruh ahli kumpulan saya, nama-nama dan wajah mereka masih dalam ingatan saya, walaupun saya amat malu untuk menunjukkan lagi muka kepada mereka.

Maafkan saya...

CERITA HARI INI

Pengumuman Suruhan Jaya Sekuriti untuk membayar balik duit pelabur s'cash amat mengembirakan. Cuma duit tu ada RM31 Juta saja... kita kena lebih USD80 juta dulu... jadi hanya ada beberapa golongan yang akan dilayan... Korang yang tak rugi dari SC ni (Termasuk Aku) takpayah sibuk nak amik duit tu..., tambah pulak kepada Goup yg maha hebat dikalangan pelabur dan kroni depa... Jangan buat muka tak malu...!

Biaqla makcik aku, pakcik aku, kawan aku yang meniaga pasar malam, kawan aku yang meniaga aiskrim, member aku yang menderita hutang tak habih bayaq lagi, dan seangkatan dengannya, biaqla depa ni pi mintak dulu...

Para moderator kalau rajin boleh la layan... Lama tak dengaq cerita masing-masing..., harap semua sihat....

Semoga berita baik ini akan menjadi lebih baik lagi dengan para pelabor yang kerugian mendapat bahagian masing-masing, walaupun mungkin bukan reimburse semua, tapi sikit sebanyak boleh ubat luka di hati dulu.... kurang sikit kecewanya...

Aku pun tak tau apa cerita top power rangers leaders.., jangan tanya aku....!

Ok geng...., selamat semuanya... terima kasih dan wassalam....



No comments: