Thursday, June 25, 2009

Kesah Kroni..................PlaK ye

BAGAIMANA KrOni PENTING bUAt KITA

Kisah begini hanya boleh berlaku di dalam sebuah negara yang rosak (a rotten state). Yang mendedahkan salah laku rasuah dipenjarakan manakala si perasuah terus lepas bebas, kekal menteri dan terus melakukannya berkali-kali lagi! Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa beberapa tahun lalu. Bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri yang bersungguh-sungguh mahu memecahkan rantaian yang melindungi penguasa rasuah dan membentangkan sendiri pindaan akta rasuah di Parlimen akhirnya dipecat dan merengkok di penjara. Seharusnya kita sedia maklum di negara ini yang akan ke penjara ialah orang yang melawan rasuah manakala si perasuah akan terus lepas bebas dengan syarat beliau seorang pemimpin politik parti pemerintah dan cekap membodek dan mengampu. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya merasa terlalu hairan menerima keputusan hari ini. Hih hih hih...................................

No comments: