Tuesday, June 2, 2009

KHAIRY OHHHHH KHAIRY

KHAIRY Hasut Pengundi
Khairy Jamaluddin adalah antara mereka yang dikritik dan mungkin mendapat tempat sebagai " Ultra - Malay " setanding dengan nama seperti Dr Mahathir Mohamed diawal penglibatan beliau dalam politik.

Rentetan dari kenyataan Khairy itu beberapa isu besar yang melibatkan perhubungan antara kaum timbul. Antaranya adalah tuntutan penggiliran Ketua Menteri, isu ketinggalan masyarakat Melayu Pulau Pinang dan berbagai isu khusus mengenai ketidakpuasan komponen BN timbul.

Dan kini isu terbaru mengenai Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang secara terbuka menasihatkan pengundi di Penanti agar tidak keluar mengundi.

Akhbar harian pada Khamis (28 Mei) memetik Khairy yang menganggap pilihan raya itu sebagai memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Sepertimana para pemimpin BN lain, beliau turut menyandarkan hujahnya atas wewenangan Mohamad Fairus mengosongkan kerusi Penanti.

Saranan itu mendapat reaksi hangat pelbagai pihak. PAS menyifatkan kenyataan itu satu cubaan menghasut pengundi dan meminta SPR mengambil tindakan terhadap Khairy.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan berniat menghalang proses pilihan raya. Beberapa ahli akademik turut mempertikaikan kewajaran kenyataan itu.

Halang bersuara

Dalam reaksinya, Khairy tidak menafikan kenyataannya itu. Sebaliknya beliau menganggap usaha membantah saranannya itu sebagai menghalang hak beliau bersuara. Apatah lagi seruan beliau itu memang bertepatan dengan pendirian BN dan sikap ditunjukkan segenap media kroninya.

Justeru, apabila peratusan keluar mengundi di Penanti benar-benar menjunam ke bawah 50 peratus, semua pihak menuding jari ke arah BN sebagai faktor utamanya.

Amat melucukan, hakikat itu cuba dinafikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau sebaliknya menegaskan sebarang cubaan mengaitkan peratusan keluar mengundi yang rendah itu dengan BN hanyalah 'gimik' kempen pembangkang.

Apa pun, penafian Muhyiddin itu memberikan dua pengertian. Sama ada beliau memang tidak ambil tahu perbahasan hangat di media berhubung kenyataan Khairy yang menghasut pengundi itu, atau beliau tidak mengiktiraf Khairy sebagai salah seorang pemimpin utama dalam BN?????

Mungkinkah kenyataan Khairy Jamaluddin dan tindakan beliau boleh dianggap sebagai liabiliti buat Barisan Nasional. Sekiranya beliau liabiliti adakah wajar beliau mengundurkan diri.

Apa kata anda
?

Teman: Mari le joint PR Khairy woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, UMNO dah tanak mike.

No comments: