Thursday, June 11, 2009

Salam Sahabat Blog...

BaHaSa InGgErIs PLak DaH...


Membaca muka depan akhbar berita harian hari ini ( 9 hb Jun 2009 ) sedikit kejutan buat TEMAN... Tak pastilah samada sahabat2 lain terkejut @ sekadar melatah sahaja ekeke. Tajuknya " Bahasa Inggeris. Wajib lulus SPM "... Begitu bunyinya. Mungkin pada sesetengah dari kita tajuk tersebut biasa sahaja... Dan mungkin juga pelbagai persepsi dari sahabat. Ada yang mengeluh. Ada yang setuju. Ada yang geleng... begitulah. Pelbagai persepsi. Suka atau tak suka apapun keputusan kerajaan kita harus terima. Terima dan akur. Begitu...

Walauapapun, ia masih sekadar cadangan sahaja. Cadangan yang memerlukan reaksi dari kita. Kita yang bergelar rakyat Malaysia. Andai kita mendiamkan diri. Pastinya tanda bersetuju. Senanglah mereka untuk melakukan perubahan mahupun membuat sebarang pindaan. Yes!!! Semua rakyat menyokong kita. Begitu. Mudahkan???

Pada TEMAN, cadangan itu baik. Namun tindakannya terlalu drastik dan gelojoh. Tindakan yang terlalu gelojoh kata orang Perak. Bagai tiada beban batu digalas. Belumpun selesai isu...

Berkaitan 10 matapelajaran...
Berkaitan 4 pelajaran teras...
Lebih2 lagi isu berkaitan PPSMI...

Kini timbul pula cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris. Perghhhh... Dahsyatkan??? Ideanya mencurah2. Yang memberi idea terlalu mudah sekadar mengeluarkan air liur. huhu. Siapapun boleh. Tapi mampukah pelaksananya!!!

Segalanya tampak jernih dan suci dari luar. Namun dalamnya bagaimana??? Benar... kalaulah cadangan ini yang didahulukan lima enam tahun dahulu sebelum memperkenalkan PPSMI pada TEMAN adalah terbaik. Bahasa Inggeris yang bermasalah... jadi ubatnya adalah bahasa. Bukan matematik mahupun sains. Ubatnya mempelbagaikan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris hatta mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris dalam SPM. Itu dahulu...

Tapi kini... selesaikan dahulu satu persatu. Uraikan dari kekusutan itu. Selesaikan. Barulah mulakan sesuatu yang baru. Kalau tidak pastinya ia sekadar menambahkan kekusutan yang ada semata-mata. Begitu boleh???

No comments: