Monday, July 20, 2009

Mana Bukti DSAI Meliwat

Ini bukanlah gambar Saiful sedang diliwat.. tapi gambar diwaktu Saiful memohon biasiswa dari DS Najib selepas gagal di Uniten walaupun dinafikan pada mulanya oleh Najib..

Peguam DS Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur. Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan. Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Malaysiakini

Bukan menyimbah cuka diluka, tapi saya ingin mengimbau kembali dimana seorang Timbalan Presiden PAS yang jelmakan warnanya yang sebenar dalam interview dengan wartawan apabila diajukan soalan berkenaan Anwar dan juga tuduhan liwat kedua yang dihadapi oleh mantan TPM itu.. ulasan nya dibawah dipetik dari Tulang Besi..

Hati saya hancur sehancur-hancurnya. Bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS boleh mengeluarkan kata-kata yang begitu rendah tarafnya. Di saat tidak lebih dari 6% rakyat Malaysia mempercayai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS mengambil sikap yang benar2 mengecewakan. Di dalam interview beliau dgn Karim Raslan, beliau ditanya berkenaan Anwar Ibrahim. Beliau menjawab: “I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility. “Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.” Jawapan Timbalan Presiden PAS ini tidak jauh bezanya dengan komen2 yang kita baca dalam blog UMNO. Malahan komen Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam, lebih baik dan berfakta dari jawapan ini. Seharusnya sebagai seorang Timbalan Presiden sebuah parti Islam, mesti jelas bahawa tuduhan ini harus dibicarakan di mahkamah Syariah di bawah hukum Qazaf. Islam wajib berada di atas segala-gala nya terutamanya permainan politik.

Komen Teman : Dan Nasha menggelar dirinya ULAMAK. Dalam interview dia kata mengapa lambat DSAI nak sumpah. Dalam Al-Quran saya jumpa hanya suami-isteri sahaja dibenarkan Sumpah (4+1) dalam kes zina. Ini ulamak Nasha ni bukan sahaja cakap macam orang umno, tapi macam orang umno cawangan ulu sekolah darjah nam.
Macamana orang Pas boleh pilih dia?
I dont blame Nasha but I put the blame on the delegates and all Pas members who chose those delegates. TG Nik Aziz has been hinting against these devilish characters since a year ago but Pas still voted them. Who is the most respected in Pas? Is it not TGNA? So, I blame all Pas members who voted these jokers into power. AstaghfiruLLAH! Teman malu dgn undang2 1Malaysia

No comments: