Wednesday, July 15, 2009

Rasuah Politik UMNO...........

MU : UMNO LuPa ItU DuiT RakYaT La WeH.....................

Ha ha ha....Gelak dulu lah... Itu lah kenyataan yang menimpa UMNO sekarang ini kerana kekalahan berturut mereka di PRK.

Kenapa terjadi begitu..? Berjuta -juta wang yang dilaburkan dalam Pilihanraya Manik Urai hanya mengurangkan Majoriti PAS sahaja yang mereka banggakan.

Ish Ish Ish ...Lupa kah mereka matlamat utama UMNO masuk dalam Pilihanraya adalah untuk mendapatkan kemenangan setelah kekalahan berturut-turut mereka dalam pilihanraya yang lepas-lepas. Bukan kah UMNO menjangkakan kemenangan Apabila mengambil keputusan untuk bertanding di Manik Urai..?
Jika di Penanti UMNO boleh mengelak untuk bertanding kerana mereka boleh menjangkakan akan mengalami kekalahan, tetapi di Manik Urai mereka sudah pasti dapat menjangkakan kemenangan berpihak kepada UMNO apabila membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihanraya.
Ha ha ha agaknya ni lah 65 orang pengundi yang tak dapat duit tu kot..!
Maka UMNO pun turunlah bertanding dengan segala kekuatan dan sumber kewangan mereka yang dilihat luar biasa sekali, sedangkan didalam pilihanraya Penanti Najib sendiri mengatakan Pilihanraya adalah satu Pembaziran wang rakyat. Tetapi teman pelik sekali melihat segala perbelanjaan BN di Manik Urai bukan sahaja melampau batas, malah terlalu mewah sehingga nak ke Manik Urai pun TPM Muhyidin perlukan Helikopter...

Wah ..Barulah teman dapat membaca kenapa UMNOBN tak mahu bertanding dalam Pilihanraya DUN Penanti..? Memang mereka sebenarnya kekurangan sumber kewangan. Maka mereka menjimatkan wang yang sepatutnya digunakan di Penanti semata-mata mahu menghadapi Pilihanraya yang lain dengan kekuatan kewangan berlipat kali ganda. Jika tidak, masakan boleh UMNO merasuah sehingga RM300 satu kepala untuk yang mengundi. Belum masuk dengan Projek mee segera dan berbagai-bagai lagi.

Hoi..cepatlah terhegeh-hegeh, orang dah tunggu duit tu lama dah..!
Ha ha ha Di Penanti mereka berjimat tapi di Manik Urai berbelanja besar pula mereka. Tapi dalam mereka bermatian berkempen dengan segala Jentera Kerajaan dan berbagai rasuah politik yang diberikan UMNO hanya mampu sekadar mengurangkan majoriti PAS sahaja. Adakah ini yang sebenarnya Pemimpin UMNO mahu..? jawapannya sudah tentu tidak kan.. Sebab mereka sudah menghidu akan kemenangan di Manik Urailah yang menyebabkan mereka berani bertanding setelah menolak bertanding di Penanti.

Maka sebenarnya moral UMNO bukan sahaja semakin merundum tetapi mereka sekarang sudah kehabisan sumber kewangan yang sebelum ini mereka katanya mahu berjimat wang rakyat. Pirahhh...! Berjimat konon di Manik Urai terbuka segala pekung busuk UMNO.. Semakin peninglah Najib dan untuk menyedapkan hati maka dikatakan lah UMNO berjaya di Manik Urai bersandarkan undi majoriti PAS yang kurang, "sedangkan hakikatnya satu undi pun dikira pemenang..."

Teringat teman : " Satu undi pun tetap menang" - antara ungkapan mantan PM Dr M semasa mengulas kemenangan beliau menentang Ku Li satu ketika dulu


Mantan PM Dr. M


No comments: