Tuesday, August 11, 2009

BeriTa HaRiaN, TeMaN naiK HaiRaN

Bekalan Vaksin H1N1 Ditambah


PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.

Peruntukan segera RM20j beli Tamiflu, Relenza

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.

Selain itu, kempen besar-besaran akan dimulakan minggu ini bagi memberi panduan dan menyedarkan orang ramai mengenai bahaya wabak itu.

Dua langkah itu diputuskan dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.

Najib berkata, stok Tamiflu dan Relenza akan ditambah 10 peratus lagi daripada jumlah penduduk negara menjadikannya 20 peratus supaya lebih ramai rakyat mendapat suntikan antiviral itu.
"Antiviral itu akan dibekalkan secara meluas ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Institut Jantung Negara di sini.


Komen Teman : Berita Harian hampas, hari ini bagi wrong info le pulak. “ Bekalan Vaksin H1N1 Ditambah”. Pas tu ramai le yg ke hospital mintak vaksin!!. They can’t differentiate between vaksin dgn anti viral. Kalau tak caya hampa pi kat bawah ni ...........................
http://www.malaysiainsider.com/index.php/opinion/breaking-views/34391-ah1n1-flu-updates-on-10-faqs--dr-david-kl-quek



Teman ada terbaca that tamiflu (antiviral) is made from star anise......

.Tau ke apa dia. Tu le Bunga Lawang yg kita asyik buat sup. Korang ambik 2 atau 3 kuntum bunga lawang rebus dan bagi anak2 minum. Insayaallah

Just in case kalau kome tak caye tamiflu from Star Anise, cuba rujuk kat sini ye..........

http://en.wikipedia.org/wiki/tamiflu


1 comment:

mAlonG Sufina said...
This comment has been removed by the author.