Wednesday, August 5, 2009

MTUC DaN IbraHim Ali............

MTUC: Kenapa rakyat demo di jalan?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.

Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.

"Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu.

"Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air."

Kekerasan yang tidak diperlukan, katanya, telah digunakan untuk mengganggu perarakan aman oleh rakyat yang tujuannya hanyalah untuk menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai kebimbangan mereka terhadap penggunaan akta ISA, dengan lebih 500 orang, termasuk juvena, telah ditahan.

Rajasekaran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menerima hakikat bahawa badan-badan sivil, telah memberi alasan dan sebab mereka membantah ISA.

"Sejak 50 tahun lalu, siri forum dan perhimpunan telah membahaskan penyalahgunaan ISA, tetapi malangnya tiada sebarang perubahan yang berlaku.

"Begitu juga hakikat bahawa kerajaan sentiasa tidak memperdulikan memorandum dan cadangan yang dikemukakan oleh badan-badan sivil,"

Rajasekaran berkata, walaupun MTUC mengakui bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulihara ketenteraman awam tetapi "ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengharamkan perhimpunan dan perarakan aman apabila semua usaha menemui kegagalan."

Teman pun teingat akan Ex YB tapi la ni dah jadi YB weh............................

Ex YB

Setelah disingkirkan tanpa sebab sebagai mewakili rakyat maka Ex YB ini pun telah menjadi calun Parti Bebas.Tapi timbul pula masaalah lambang

Penasihat: "Jika susah sangat untuk mencari lambang kita gunakan lambang mangkuk sajalah "

Ex YB: Apa punya bangang "Awak ni nak saya hilang deposit ke ? awak tahu tak jika kita gunakkan lambang magkuk nanti yang datang mengundi aku semuanya magkuk mangkuk berayun.......naya aku."

Penasihat: ?????????? iyer tak yer juga

Fakta yang memang auta tetapi tetap fakta.Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan kita panggil katak, tapi kita akan panggil dia Brahim Katak........he he he

No comments: